Pendidikan penyusuan susu ibu antenatal untuk memanjangkan tempoh masa penyusuan

Apakah isunya?

Penyusuan susu ibu boleh memperbaiki kesihatan anak, kesihatan ibu dan juga hubungan ibu-bayi. Bayi yang diberi susu ibu mempunyai kadar masalah perut dan pernafasan yang lebih rendah, kurang jangkitan telinga dan pertuturan, penglihatan dan perkembangan keseluruhan kemahiran fizikal dan mental yang lebih baik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan bahawa bayi harus diberi susu ibu secara eksklusif sehingga berusia enam bulan dan selepas itu, penyusuan diteruskan bersama makanan lain yang sesuai dengan umur selama dua tahun dan seterusnya. Ramai wanita tidak dapat mengikuti cadangan ini, dan kami ingin mengetahui cara untuk membantu wanita menyusukan bayi mereka.

Mengapa ini penting?

Pendidikan penyusuan susu ibu antenatal adalah pengajaran wanita tentang penyusuan susu ibu semasa hamil, sebelum bayi dilahirkan. Salah satu sebab wanita tidak dapat menyusu berkaitan dengan kekurangan pendidikan dan pengetahuan mengenai cara menyusu. Kami percaya bahawa dengan meningkatkan pengetahuan wanita hamil mengenai penyusuan susu ibu boleh membantu mereka untuk menyusukan bayi mereka dengan lebih lama, tetapi kami tidak pasti jenis-jenis pendidikan yang manakah paling berguna kepada wanita.

Apakah bukti yang kami perolehi?

Kami memasukkan 24 kajian dengan 10,056 wanita dalam ulasan ini, dan 20 kajian yang melibatkan 9789 wanita menyumbangkan data untuk analisis. Kebanyakan kajian berlangsung di negara-negara yang berpendapatan tinggi termasuk Amerika Syarikat, Kanada, UK dan Australia. Kaunseling rakan sebaya, perundingan laktasi dan pendidikan penyusuan susu ibu formal semasa hamil tidak kelihatan untuk meningkatkan pengambilan atau tempoh penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, beberapa kajian yang lebih besar dalam persekitaraan yang berbeza (satu di Nigeria dan satu di Singapura) mempunyai sedikit bukti bahawa pendidikan boleh membantu.

Apakah maksud ini?

Kami masih tidak pasti sama ada pendidikan penyusuan susu ibu antenatal dapat membantu wanita; pada masa ini, tidak terdapat bukti baik dari kajian terkawal rawak yang mencadangkan usaha-usaha untuk mendidik wanita hamil menghasilkan penyusuan susu ibu yang lebih kerap dan lebih panjang. Wanita yang menerima rawatan yang standard sebelum kelahiran lebih cenderung memilih penyusuan susu ibu pada kadar yang sama seperti wanita yang mempunyai pendidikan tambahan penyusuan susu ibu. Kami yakin pada hasil kajian yang mengukur permulaan penyusuan susu ibu pada masa lahir dan penyusuan pada enam bulan; pendidikan nampaknya tidak berkesan pada keputusan-keputusan ini. Kita ada sedikit keraguan tentang kesan pendidikan pada penyusuan susu ibu secara eksklusif pada tiga dan enam bulan; pendidikan tidak kelihatan untuk membantu wanita, tetapi kajian masa depan mungkin mengubah pemahaman kita. Kajian masa depan kemungkinan akan mengubah pemahaman kita keatas kesan pendidikan penyusuan susu ibu semasa hamil pada tiga bulan. Kebanyakan kajian dalam ulasan ini dijalankan di negara-negara yang berpendapatan tinggi, jadi kami tidak yakin bahawa kesimpulan kami adalah relevan dalam persekitaraan lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Melissa Choon (Penang Medical College). Dikemaskini oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College).Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Tools
Information