Perbandingan di antara dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD) dengan dialisis peritoneal automatik untuk penyakit buah pinggang peringkat akhir

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Dialisis peritoneal (PD) boleh dilakukan secara manual tanpa mesin seperti dalam dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD) atau dengan menggunakan mesin seperti dalam dialisis peritoneal automatik (APD). Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan keberkesanan di antara CAPD dan APD. Selepas carian yang menyeluruh, hanya tiga kajian terkawal rawak (RCT) kecil (139 pesakit) yang dikenalpasti dan kami tidak menjumpai perbezaan keputusan klinikal yang penting di antara CAPD dan APD. Walau bagaimanapun, APD boleh dianggap berfaedah dalam sesetengah kumpulan pesakit seperti pesakit PD yang muda, pelajar ataupun mereka yang bekerja kerana ia mempunyai kelebihan psikososial. Keputusan ini hanya dilaporkan dalam salah satu kajian. Kajian terkawal rawak (RCT) yang besar dan berjangka panjang diperlukan dalam bidang ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ch'ng Chin Chin (Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Pulau Pinang). Disunting oleh Mei Wai Chan(Penang medical College). Untuk sebarang pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi chngchinchin@gmail.com