Mesej utama
- Rawatan sel stem tidak memperbaik hasil klinikal dalam kalangan orang yang telah mengalami serangan jantung.
- Terapi tersebut memberi kurang kesan tidak diingini atau kesan memudaratakan (buruk) sepanjang masa rawatan.
Apakah masalah kesihatan?
Serangan jantung adalah disebabkan oleh penyumbatan arrteri yang membekal darah kepada otot jantung. Walaupun terapi terbaharu sedang maju, ramai orang yang mendapat serangan jantung mengalami kurang fungsi kardiak dan pengurangan jangka hayat.
Bagaimanakah keadaan tersebut dirawat?
Pada masa kini, rawatan standard untuk orang yang menderita serangan jantung adalah pembukaan semula arteri yang tersumbat dengan belon kecil dalam prosedur yang dikenali sebagai angioplasti primer, dan kemasukan tiub kecil (dipanggil sten) ke dalam arteri untuk memastikan ia terbuka.
Apakah rawatan yang sedang dikaji?
Sel-sel yang berasal dari tulang sumsum telah dikaji sebagai rawatan tambahan untuk serangan-serangan jantung berdasarkan keupayaannya untuk membaiki otot jantung yang rosak. Hal ini menunjukkan kesan yang bermanfaat terhadap hasil seperti bahan kimia dalam darah yang berkorelasi dengan kerosakan jantung dan ujian-ujian pengimejan yang mengukur fungsi jantung. Walau bagaimanapun, ia belum terbukti mempengaruhi hasil klinikal penting seperti kematian, kemasukan semula ke hospital-hospital atau kemungkinan masalah jantung major lain (seperti strok atau serangan jantung lain).
Apakah yang kami ingin tahu?
Kami ingin tahu jika rawatan sel stem mengurangkan kematian dan memperbaik ukuran fungsi jantung apabila data daripada semua kajian yang dijalankan digabung.
Apa yang kami lakukan?
Ulasan ini telah mengenal pasti kajian klinikal yang merawak orang yang didiagnosis dengan serangan jantung kepada rawatan sel, atau plasebo (satu rawatan ‘dummy’) atau teruskan terapi perubatan standard sahaja. Untuk mengenal pasti kajian-kajian tersebut, kami mencari pangkalan data untuk kajian yang relevan sehingga Februari 2022. Setelah menyertakan kajian-kajian tersebut, kami menganalisis data untuk mencari trend. Kami juga menganalisis risiko bias (termasuk kemungkinan orang dalam kajian tersebut menyedari rawatan mana yang mereka terima).
Apakah yang kami temui?
Dalam ulasan ini kami memilih dan menganalisis data 53 kajian yang merekrut 4159 orang. Kami yakin ulasan ini menunjukkan rawatan sel stem tidak memperbaik hasil klinikal dalam kalangan orang yang pernah mendapat serangan jantung. Terapi tersebut memberi beberapa kesan buruk yang tidak diingini atau mudarat sepanjang tempoh rawatan.
Apakah batasan bukti?
Mungkin orang dalam sesetengah kajian secara tidak sengaja sedar tentang rawatan mana yang mereka terima. Tidak semua kajian memberi data tentang semua yang kami ingin sertakan dalam analisis kami.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti dalam ulasan ini adalah terkini sehingga Februari 2022.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).