Program-program khusus budaya untuk kanak-kanak dan dewasa kumpulan minoriti yang menhidap asma

Latar belakang

Penghidap asma yang datang dari kumpulan minoriti mempunyai hasil asma yang lebih teruk. Pendidikan asma dalam budaya khusus boleh meningkatkan hasil yang berkaitan dengan asma.

Soalan ulasan

Adakah program pendidikan asma khusus budaya (berbanding dengan program pendidikan generik atau rawatan biasa asma) menambahbaik hasil berkaitan asma dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa dengan asma yang tergolong dalam kumpulan minoriti?

Apakah bukti yang kami perolehi?

Tujuh kajian dengan 837 peserta, berusia antara satu hingga 63 tahun telah dimasukkan ke dalam ulasan kemaskini ini. Ulasan ini terhad kepada beberapa kajian dan kualiti bukti adalah sangat rendah hingga rendah. Dalam kalangan orang dewasa, kami mendapati bahawa program-program khusus budaya tidak menambahbaik sebarang hasil utama kami, tetapi lebih menambahbaik kualiti hidup (walaupun min beza adalah kurang daripada perbezaan penting minimum untuk scor) (hasil sekunder). Dalam kalangan kanak-kanak pula, apabila data daripada kajian-kajian digabungkan, program-program khusus budaya mengurangkan eksaserbasi teruk yang memerlukan kemasukan ke hospital (hasil utama), manakala satu kajian menunjukkan penambahbaikan kawalan asma, pengetahuan asma dan hasil pematuhan untuk hasil sekunder kami.

Kesimpulan

Bukti sedia ada menunjukkan bahawa program pendidikan budaya khusus untuk orang dewasa dan kanak-kanak dari kumpulan minoriti mungkin berkesan dalam menambahbaik hasil yang berkaitan dengan asma. Walaupun bukti lebih kukuh diperlukan, program pendidikan asma seharusnya khusus budaya dalam konteks pengurusan penyakit kronik dan kerumitan hasil kesihatan dan budaya, tanpa sebarang data ekonomi, kajian-kajian keberkesanan kos juga diperlukan

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah sangat rendah hingga rendah bagi semua hasil.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information