Ramai orang tidak mengambil ubat-ubatan mereka seperti yang telah ditetapkan. Kesan jangkitan-jangkitan yang kronik dan melemahkan seperti batuk kering adalah serius dan boleh termasuk tempoh infeksi yang lama, berulang, kemunculan Mycobacterium tuberculosis yang mempunyai rintangan ubat, dan peningkatan morbiditi dan kematian. Kajian kami telah mepertimbangkan percubaan tentang pendidikan dan kaunseling dalam mempromosikan kepatuhan kepada rawatan dalam kedua-dua batuk kering yang pendam (tidak aktif) dan yang aktif.
Kami telah mengenal pasti tiga bukti kajian berkualiti rendah yang melibatkan sejumlah 1437 peserta yang menilai intervensi pendidikan dan kaunseling dalam mempromosikan kepatuhan kepada menghabiskan ubat-ubatan untuk rawatan penyakit tibi yang terpendam. Dua daripada tiga kajian ini menunjukkan bahawa pendidikan dan kaunseling mempunyai kesan yang bermanfaat keatas kepatuhan kepada rawatan ubat, manakala satu tidak.
Terdapat perbezaan ketara antara kajian-kajian berkenaan dengan populasi yang disasarkan, intervensi yang dipilih dan hasil yang diukur. Bukti-bukti yang sedia ada tidak mencukupi untuk memberi panduan kepada polisi mengenai kegunaan pendidikan dan kaunseling untuk mempromosikan kepatuhan kepada terapi penyakit tibi.
Diterjemahkan oleh Tan Yin Xin (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi tan.yinxin@student.imu.edu.my