Aturan klinikal untuk batuk kronik pada kanak-kanak

Latar Belakang

Aturan klinikal berfungsi sebagai satu alat atau algoritma (carta alir) yang boleh digunakan dalam rawatan pesakit dengan pelbagai penyakit kronik. Ia menyediakan panduan jelas yang membantu doktor-doktor dalam pengenalan penyakit dan membuat keputusan dengan pesakit tentang rawatan yang diperlukan atau pakar yang harus dijumpa atau ujian yang diarahkan pada setiap peringkat perkembangan penyakit. Keseluruhan, matlamat aturan klinikal adalah untuk memberi penjagaan yang cekap bagi pesakit. Contoh bantuan keputusan pesakit yang disediakan oleh National Health Service (NHS) di UK di http://www.rightcare.nhs.uk/index.php/shared-decision-making/about-the-pdas/.

Batuk kronik pada kanak-kanak adalah masalah perubatan yang penting di mana dalam beberapa situasi dilengkapkan dengan siasatan menyeluruh. Ulasan ini memeriksa sama ada penggunaan aturan-aturan klinikal berkesan untuk menilai dan menguruskan kanak-kanak dengan batuk kronik (batuk yang berlarutan melebihi 4 minggu).

Ciri-ciri kajian

Terdapat hanya satu kajian pelbagai pusat yang boleh dimasukkan ke dalam ulasan ini. Bukti terkini adalah sehingga Januari 2014. Kajian ini di biayai oleh Majlis Penyelidikan Perubatan dan Kesihatan Kebangsaan Australia.

Keputusan-keputusan utama

Kajian terhadap 272 orang kanak-kanak daripada lima buah hospital di Australia melaporkan bahawa mereka yang dibahagikan secara rawak untuk rawatan awal mengikut laluan klinikal menunjukkan hasil klinikal yang lebih baik (batuk diselesaikan lebih awal dan kualiti hidup adalah lebih baik) berbanding dengan mereka yang dibahagikan secara rawak untuk rawatan kemudian dengan menggunakan aturan tersebut. Tiada kesan buruk dilaporkan.

Kualiti bukti

Kualiti bukti ini adalah sederhana. Bukti adalah terhad kerana hanya satu kajian yang boleh dimasukkan ke dalam ulasan ini. Kajian ini tidak dapat menyembunyikan aturan klinikal daripada peserta secara menyeluruh.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan tentang terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information