Intervensi pengurangan homoycysteine (terapi vitamin B-kompleks ) untuk mencegah peristiwa kardiovaskular

Soalan ulasan
Penyelidik mengulas semula sama ada vitamin tertentu, yang mengurangkan homocysteine, menghalang kejadian kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Latar belakang
Penyakit kardiovaskular, termasuk serangan jantung dan strok, adalah punca nombor satu kematian di seluruh dunia. Kebanyakkan penghidap penyakit kardiovaskular mungkin tidak mempunyai gejala, tetapi berisiko tinggi. Penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, merokok dan kolesterol yang tinggi, serta sejarah keluarga yang berpenyakit kardiovaskular adalah faktor risiko yang duketahui umum. Jumlah paras homocysteine yang meningkat telah dikenalpasti baru-baru ini sebagai faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular. Homocysteine adalah asid amino, tahapnya dalam darah dipengaruhi oleh tahap darah vitamin B: cyanocobalamin (B12), asid folik (B9) dan pyridoxine (B6). Laporan ini adalah kemaskini daripada ulasan yang diterbitkan sebelumnya pada tahun 2015.

Ciri-ciri kajian
Bukti adalah terkini sehingga Jun 2017. Penyelidik sertakan 15 kajian yang melibatkan 71,422 peserta yang tinggal di negara-negara dengan atau tanpa suplemen wajib dengan vitamin. Kajian-kajian ini berbanding dengan rejim vitamin B yang berbeza (cyanocobalamin (B12), asid folik (B9) dan pyridoxine (B6)) dengan kawalan atau sebarang kumpulan perbandingan yang lain. Kajian ini telah diterbitkan dari tahun 2002 hingga 2015.

Keputusan utama
Penyelidik mendapati bahawa tiada bukti untuk intervensi pengurangan homocysteine, dalam bentuk suplemen vitamin B6, B9 atau B12 yang diberikan secara tunggal atau gabungan, dalam sebarang dos berbanding dengan plasebo atau penjagaan piawaian, menghalang serangan jantung atau mengurangkan kadar kematian peserta pada risiko, atau hidup dengan penyakit kardiovaskular. Intervensi pengurangan Homocysteine digabungkan dengan ubat-ubat darah tinggi mempunyai kesan yang tidak menentu ke atas angin ahmar, kira-kira 143 orang perlu dirawat selama 5.4 tahun untuk mencegah 1 strok. Intervensi pengurangan Homocysteine berbanding dengan plasebo atau sebarang perbandingan yang lain tidak menjejaskan peristiwa buruk (kanser).

Kualiti bukti
Kualiti bukti daripada kajian-kajian ini adalah secara amnya tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information