Vitamin C untuk mencegah dan merawat kancing gigi

Kancing gigi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh toksin kancing gigi, yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium tetani. Bakteria ini biasanya menjangkiti luka yang ditembusi oleh bahan asing seperti tanah. Di negara yang sedang membangun, kebersihan yang teruk selepas bersalin boleh menyebabkan kancing gigi pada bayi baru lahir. Walaupun vaksinasi telah menurun beban kancing gigi secara mendadak, masih terdapat kira-kira 1 juta kes kancing gigi setiap tahun di seluruh dunia. Penyelidik mendapati satu kajian terkawal yang memeriksa sama ada satu gram sehari vitamin c intravena akan membantu rawatan pesakit kancing gigi. Vitamin C digunakan bersama-sama dengan rawatan standard untuk kancing gigi. Suntikan vitamin C mengurangkan kematian kanak-kanak dengan kancing gigi berusia antara 1 dan 12 sebanyak 100% dan pesakit berusia 13 hingga 30 tahun sebanyak 45%. Kajian tersebut tidak dijalankan dengan betul dan harus berhati-hati dalam mentafsirkan penemuan. Vitamin C tidak disyorkan sebagai rawatan untuk kancing gigi atas dasar kajian tunggal ini. Kajian lanjut tentang peranan vitamin C dalam rawatan kancing gigi adalah wajar.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information