Implan gigi dilakukan dengan membuat flap tisu lembut, namum kadangkala ia boleh dilakukan tanpa membuat flap untuk mengurangkan ketidakselesaan pasca pembedahan. Pelbagai jenis flap dan teknik jahitan telah diperkenalkan. Tisu lembut sering dimanipulasi dan dipolimikkan untuk tujuan estetik.Adalah disyorkan implan dikelilingi oleh tisu lembut yang 'utuh' (berkeratin) berbanding gusi yang 'longgar' untuk meningkatkan prognosis jangkapanjang.
Ulasan ini menemukan bukti yang lemah dari dua kajian melibatkan 56 peserta bahawa pemasangan implan gigi tanpa flap boleh mengurang ketakselesaan pascabedah (sakit dan bengkak), tanpa menggugat kejayaan implan dalam kalangan pesakit tertentu.Tidak ada bukti yang cukup untuk mengesyorkan sebarang teknik tertentu untuk flap atau jahitan Hanya ada satu kajian kecil (10 pesakit) yang menunjukkan graft tisu lembut dari lelangit meningkatkan ketebalan gusi dan estetik.Tidak ada kajian yang menilai sama ada terdapat manfaat dalam menambahkan gusi yang utuh di sekeliling implan pergigian, tetapi terdapat satu kajian kecil yang mencadangkan kemungkinan meningkatkan amaun tisu yang utuh di sekeliling implan pergigian dengan menggunakan tisu yang diambil daripada matriks kolagen porsin namun melibatkan kesakitan/ketakselesaan pascabedah dan kemerosotan estetik (beberapa kes menunjukkan resesi gusi yang mendedahkan logam implan)
Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my