Penggunaan alat bergetar untuk membantu orang dengan fibrosis sista membersihkan saluran udara mereka daripada lendir

Soalan ulasan

Pengulas meninjau bukti mengenai kesan peranti bergetar (contohnya Flutter, acapella, cornet, Quake ®, ventilasi perkusi intrapulmonari, pengayun dinding dada berfrekuensi tinggi (contohnya Vest ® ), VibraLung ®, MetaNeb ®, dan Aerobika ® untuk membantu orang yang menderita sista fibrosis membersihkan saluran udara mereka daripada lendir. Ini adalah kemas kini ulasan yang diterbitkan sebelumnya.

Latar belakang

Orang dengan fibrosis sista mempunyai terlalu banyak lendir melekit di paru-paru mereka yang boleh menyebabkan jangkitan dan keradangan yang berterusan. Ini merosakkan saluran udara mereka dan memburukkan lagi fungsi paru-paru selepas satu tempoh. Orang dengan fibrosis sista menggunakan fisioterapi dada untuk membersihkan lendir daripada paru-paru mereka. Mereka boleh menggunakan satu kaedah yang berbeza sahaja atau dalam kombinasi dengan yang lain - teknik manual, teknik pernafasan dan alatan mekanik. Peranti bergetar (juga kadang-kadang dikenali sebagai pengayun) menggunakan tekanan yang dihasilkan sama ada di dalam atau di luar badan untuk membersihkan lendir.

Tarikh carian

Bukit ini adalah yang semasa sehingga 29 Julai 2019.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini merangkumi 39 kajian dengan 1114 orang dengan fibrosis sista berusia antara 4 dan 63 tahun . Kajian membandingkan rawatan fisioterapi yang berbeza dan orang dipilih untuk satu rawatan atau yang lain secara rawak. Tidak banyak kajian melihat jenis fisioterapi yang sama dalam jangka masa yang sama; tempoh kajian berkisar antara dua hari hingga 13 bulan.

Keputusan utama

Memandangkan perbezaan dalam reka bentuk kajian, sukar untuk menggabungkan hasil kajian ini dengan cara yang bermanfaat.

Pengulas tidak menemui bukti yang jelas bahawa peranti bergetar lebih baik daripada bentuk fisioterapi lain yang dibandingkan dalam kajian ini, atau satu peranti lebih baik daripada yang lain. Satu kajian mendapati bahawa orang yang menggunakan peranti bergetar memerlukan antibiotik tambahan untuk jangkitan dada lebih kerap daripada mereka yang menggunakan tekanan ekspirasi positif. Semasa mengesyorkan kaedah pembersihan saluran udara yang paling sesuai, ahli fisioterapi harus mempertimbangkan keperluan orang yang mereka rawat.

Untuk masa depan,kajian yang lebih besar dan lebih lama diperlukan untuk mengukur kekerapan jangkitan paru-paru, pilihan, kepatuhan dan kepuasan umum terhadap rawatan, kekangan kewangan juga harus dipertimbangkan. Pengulas berpendapat kepatuhan itu penting, kerana jika orang dengan fibrosis sista bersedia mengikuti rejim fisioterapi mereka, mungkin ada peningkatan dalam hasil lain seperti toleransi latihan, fungsi pernafasan dan kematian.

Kualiti bukti

Secara keseluruhan, pengulas berpendapat kebanyakan kajian mempunyai beberapa masalah reka bentuk yang mungkin mempengaruhi keyakinan mereka terhadap beberapa keputusan. Dalam lebihkurang seperempat kajian terdapat kebimbangan bahawa tidak semua hasil dilaporkan dengan jelas dan dalam lebihkurang sepertiga kajian alasan orang menarik diri daripada kajian tidak diterangkan dengan jelas. Dalam perbandingan pelbagai jenis fisioterapi, seseorang dan ahli fisioterapi mereka akan selalu mengetahui rawatan yang mereka terima dan ini mungkin mempengaruhi jawapan mereka terhadap beberapa soalan, seperti rawatan yang membuat mereka merasa lebih baik, tetapi pengulashanya menganggap ini adalah masalah dalam beberapa kajian. Pengulas menggunakan sistem pemarkahan yang dipanggil GRADE untuk menilai kualiti bukti, mereka kemudian menilai sama ada ia adalah berkualiti rendah atau sangat rendah, yang menunjukkan bahawa penyelidikan lebih lanjut sangat mungkin mempengaruhi keyakinan mereka terhadap hasil dalam tinjauan ini untuk mana-mana intervensi yang dianalisis.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disuntimg oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information