Terapi tarian untuk skizofrenia

Untuk PLS sebelumnya lihat 1 Lampiran 1 1.

Rawatan pilihan pertama untuk skizofrenia biasanya ialah ubat antipsikotik. nbspBiasanya, ubat ini lebih berkesan dalam merawati 'gejala positif' daripada 'gejala negatif' skizofrenia. Selain itu, ubat antipsikotik mempunyai kesan sampingan yang melemahkan seperti peningkatan berat badan, gementar, gegaran dan kekejangan otot. nbsp

Terapi tarian (juga dikenali sebagai terapi pergerakan tarian, DMT) menggunakan pergerakan dan tarian untuk meneroka emosi seseorang bukan secara lisan (tanpa bahasa atau kata-kata). nbspAhli terapi membantu individu menafsirkan tarian dan pergerakan mereka dan menghubungkan tarian dan pergerakan tersebut dengan perasaan peribadi. Tarian telah digunakan sebagai ritual penyembuhan sejak sejarah manusia terawal, tetapi penubuhan terapi tarian sebagai satu profesion adalah agak baru. nbspTerapi tarian boleh digunakan oleh orang dari semua peringkat umur, kaum dan jantina. Ia berkesan dalam rawatan orang yang mengalami masalah perubatan, sosial, perkembangan, fizikal dan psikologi. Ulasan ini termasuk satu kajian yang melibatkan 45 peserta. nbspTujuannya adalah untuk membandingkan terapi tarian dengan penjagaan standard atau intervensi yang lain. nbspKajian yang termasuk membandingkan tarian terapi serta penjagaan routin dengan hanya penjagaan routin sahaja. nbspSecara utama, tiada perbezaan antara mereka yang terlibat dalam terapi tarian berbanding dengan mereka yang tidak (untuk hasil seperti kepuasan dengan penjagaan, keadaan mental, meninggalkan kajian awal, kualiti hidup).Walau bagaimanapun, mereka yang terlibat dalam tarian terapi menunjukkan penambahbaikan yang ketara dalam gejala negatif. nbsp

Secara keseluruhannya, oleh sebab jumlah peserta adalah kecil, hasil kajian adalah terhad. nbspBukti untuk menyokong atau menolak penggunaan terapi tarian adalah terhad. Kajian dan percubaan yang lebih besar diperlukan untuk memberi tumpuan kepada hasil yang penting (seperti kadar penyakit berulang, kualiti hidup, kemasukan ke hospital, meninggalkan kajian awal, kos penjagaan dan kepuasan dengan rawatan).Kajian lanjut akan membantu menjelaskan sama ada terapi tarian ialah rawatan yang berkesan dan holistik untuk pesakit skizofrenia, terutamanya dari segi membantu orang mengatasi gejala negatif yang tidak bertindak balas baik terhadap ubat antipsikotik.

Ringkasan ini ditulis oleh pengguna, Ben Gray (Benjamin Grey, Pengguna Perkhidmatan dan Pakar Pengguna Perkhidmatan 1 Rethink Mental Illness 1, E-mel: 2 ben.gray@rethink.org 2).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Lin (Penang Medical College). Di sunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi pllee@ms.pmc.edu.my.

Tools
Information