folat merupakan vitamin bentuk semulajadi manakala asid folik adalah pengganti sintetik folat yang digunakan dalam kebanyakan suplemen dan makanan yang diperkuatkan. Folat adalah penting dan kekurangan folat boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak baik, faktor-faktor genetik atau interaksi antara faktor-faktor genetik dan persekitaran. Wanita dengan penyakit sel sabit dan juga wanita-wanita di kawasan di mana malaria adalah endemik mempunyai keperluan yang lebih besar untuk folat dan di kawasan-kawasan ini anemia boleh menjadi satu masalah kesihatan utama semasa mengandung. Wanita memerlukan lebih banyak folat semasa hamil untuk memenuhi keperluan mereka untuk darah tambahan dan untuk memenuhi tumbesaran bayi yang memerlukan darah. Tanpa pengambilan folat yang mencukupi dalam diet seorang ibu, dia boleh menjadi anemia dan ini boleh menyumbang kepada bayi menjadi kecil, anemia dan dilahirkan terlalu awal (kelahiran preterm). Supplemen asid folik diambil sebelum permulaan kehamilan boleh mengurangkan peluang bayi mempunyai kecacatan tiub neural. Ulasan ini adalah untuk melihat sama ada mengambil supplemen asid folik semasa hamil boleh mengurangkan peluang bayi dilahirkan terlalu awal dan mempunyai keberatan rendah dan juga untuk melihat kesan atas darah ibu (nilai hematologi), aras folat dan komplikasi semasa kehamilan .
Penulis ulasan mendapati 31 ujian (melibatkan 17,771 wanita) yang melihat kepada kesan memberi supplemen asid folik tambahan semasa hamil. Data menunjukkan bahawa pengambilan folat semasa mengandung adalah tidak berkait dengan pengurangan peluang kelahiran preterm, kematian bayi semasa lahir, kematian neonatal, keberatan bayi rendah, anemia sebelum tempoh dalam ibu atau kekurangan folat sebelum tempoh. Hanya tahap serum sebelum tempoh yang bertambah baik. Ulasan tersebut juga tidak menunjukkan sebarang kesan supplemen folat dalam mempertingkatkan min keberatan semasa lahir dan min tahap hemoglobin ibu semasa mengandung berbanding dengan mengambil plasebo. Walau bagaimanapun, ulasan ini menunjukkan ada manfaat dalam petunjuk taraf folat dalam ibu. Bukti-bukti yang disediakan setakat ini dari kajian-kajian ini tidak terdapat keputusan muktamad bagi mana-mana kebaikan supplemen asid folik semasa hamil.
Kebanyakan kajian telah dijalankan lebih dari 30 hingga 45 tahun yang lalu.
Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my