Soalan ulasan
Kami mengulas bukti mengenai kesan transplantasi sel stem hematopoietik (HSCT) dalam kalangan orang dengan penyakit Gaucher.
Latar belakang
Penyakit Gaucher adalah gangguan yang diwarisi yang disebabkan oleh kekurangan enzim glucocerebrosidase. Ini membawa kepada penyimpanan lipid kompleks di dalam beberapa jenis sel darah. Akibat sel-sel yang tidak normal, orang dengan penyakit Gaucher akan mengalami kesakitan, keletihan, anemia, jaundis dan kerosakan tulang. Sesetengah bentuk penyakit Gaucher juga boleh menyebabkan kerosakan neurologi. Rawatan penyakit Gaucher masa kini adalah terapi penggantian enzim, yang mahal. Dalam sesetengah kes yang teruk, HSCT diguna untuk merawat orang dengan penyakit Gaucher. Ia adalah prosedur berisiko tinggi yang kadangkala membawa kematian kepada individu.
Tarikh carian
Bukti adalah terkini sehingga: 19 Januari 2017.
Ciri-ciri kajian
Kami tidak menemui sebarang kajian untuk menunjukkan keberkesanan dan risiko prosedur dalam kalangan orang dengan penyakit Gaucher.
Keputusan utama
Kami tidak menemui sebarang kajian yang menilai keberkesanan dan risiko prosedur dalam kalangan orang dengan penyakit Gaucher. Tiada sebarang kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini dan kami belum mengenal pasti sebarang kajian yang relevan sehingga Januari 2017. Oleh itu, kami tidak merancang untuk mengemaskini ulasan ini sehingga kajian baru diterbitkan.
Kualiti bukti
Kami tidak menemui sebarang kajian yang menilai keberkesanan dan risiko prosedur dalam kalangan orang dengan penyakit Gaucher.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.