Tekanan positif salur pernafaan berterusan secara nasa (NCPAP) adalah suatu bentuk sokongan pernafasan yang lazim digunakan untuk rawatan bayi pramatang. Risiko potensi NCPAP merangkumi kecederaan hidung dan kebocoran udara dari paru-paru. Bayi-bayi dengan NCPAP memerlukan lebih jagaan kejururawatan dan kegunaan peralatan tambahan. Bagaimanapun, komplikasi potensi selepas mengeluarkan NCPAP terlalu awal dari bayi-bayi termasuk peningkatan episod lupa untuk bernafas, peningkatan keperluan oksigen, peningkatan daya untuk bernafas, keperluan untuk memulakan NCPAP semula dan keperluan untuk menggunakan tiub pernafasan dengan ventilasi mekanikal. Mana-mana komplikasi ini dilihat sebagai 'kegagalan' dan berpotensi menyebabkan stres kepada staf dan keluarga. Cara terbaik untuk menarik balik NCPAP selepas dimulakan tidak diketahui. Pilihan termasuk berhenti sahaja, menurunkan tekanan secara perlahan-lahan, menambahkan masa menghentikan NCPAP setiap hari atau kombinasi kedua-duanya. Suatu kajian baru telah mencadangkan bahawa pemberhentian NCPAP sama sekali berbanding dengan beberapa waktu tanpa NCPAP dapat mengurangkan insiden penyakit paru-paru kronik neonatal dan tempoh hospitalisasi.
Kami bertujuan menentukan kebaikan dan risiko berbagai strategi untuk menarik balik NCPAP pada bayi pramatang yang stabil dan berkemungkinan siap untuk menarik balik NCPAP. Ulasan ini mengenalpasti tiga kajian tetapi disebabkan perbezaan dalam kajian dan data sedia ada yang terhad, keputusan tidak dapat digabungkan.
Bayi-bayi dimana tekanan NCPAP telah dikurangkan secara perlahan sehingga paras tertentu dan kemudiannya NCPAP diberhentikan sama sekali memerlukan jumlah masa yang kurang menggunakan NCPAP dan tempoh terapi oksigen serta hospitalisasi yang lebih singkat berbanding dengan mereka dimana NCPAP dihentikan untuk beberapa jam tertentu setiap hari. Kriteria yang jelas hendak diwujudkan untuk definisi stabiliti sebelum percubaan untuk menarik balik NCPAP dan juga untuk definisi kegagalan menarik balik.
Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee.(Penang Medical College) Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College).Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.