Transplantasi sel stem pembentuk darah untuk kanak-kanak dengan penyakit sel sabit

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti mengenai kadar penyembuhan dan risiko transplantasi sel stem hematopoetik untuk orang dengan penyakit sel sabit.

Latar belakang

Penyakit sel sabit ialah gangguan genetik terutama dicirikan dengan kehadiran sel darah merah yang cacat, berbentuk sabit dalam aliran darah. Sel-sel ini menghalang tisu-tisu daripada darah dan oksigen menyebabkan serangan kesakitan berkala dan berulang. Komplikasi termasuk gejala dada akut dan angin ahmar. Walaupun penyakit sel sabit responsif terhadap langkah pencegahan dan sokongan seperti penggunaan antibodi profilaktik dan transfusi darah berkala, hal ini tidak memberikan penawar. Penggunaan transplantasi sel stem hematopoetik (pembentuk darah) melibatkan penggantian sel darah merah yang cacat dan sel stemnya dengan sel stem dari penderma yang sihat sekaligus menghasilkan sel darah merah yang normal. Sel stem ini boleh diambil dari sumsum tulang atau darah (darah tali pusat atau darah periferal) individu yang sihat. Ini adalah kemas kini ulasan yang diterbitkan sebelumnya.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 09 Disember 2019.

Ciri-ciri kajian

Tiada kajian yang disertakan dalam ulasan. Terdapat satu kajian yang sedang berjalan yang mungkin, pada masa depan, layak untuk disertakan.

Keputusan utama

Pada masa ini tiada kajian rawak terkawal yang menilai manfaat dan risiko; sumber sel stem yang paling sesuai; atau peserta yang paling layak (mereka yang pernah mengalami komplikasi teruk atau mereka yang tidak pernah mengalaminya) bagi prosedur dalam orang dengan penyakit sel sabit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information