Program abstinens-tambahan untuk pencegahan jangkitan HIV di negara-negara berpendapatan tinggi (seperti ditakrifkan oleh Bank Dunia)

Program abstinens-tambahan adalah intervensi yang diguna secara meluas mensasarkan orang muda. Berdasarkan pandangan bahawa abstinens seks adalah cara terbaik untuk mencegah HIV, intervensi abstinens-tambahan bertujuan mencegah, menghentikan, atau mengurangkan aktiviti seksual; namun program tersebut juga menggalakkan penggunaan kondom dan strategi seks lain sebagai alternatif untuk peserta yang aktif secara seksual. Program abstinens-tambahan adalah bebeza dengan intervensi yang menggunakan abstinens sahaja, yang menggalakkan abstinens sebagai cara eksklusif pencegahan HIV tanpa menggalakkan hubungan seks yang selamat.

Ulasan ini merangkumi 39 kajian rambang terkawal dan kuasi-rambang terkawal yang membandingkan program abstinens-tambahan dengan pelbagai kumpulan kawalan (contohnya "penjagaan biasa", tiada intervensi). Walaupun kami telah menjalankan pencarian antarabangsa yang meluas untuk kajian-kajian, semua kajian yang dimasukkan adalah dijalankan dalam kalangan remaja di Amerika Syarikat, Kanada, dan Bahamas (jumlah enrolmen asas = 37724 peserta). Ini termasuklah program-program yang diadakan di sekolah, pusat komuniti, dan kemudahan penjagaan kesihatan. Kami tidak menjalankan meta-analisis kerana data yang tidak lengkap dan kepelbagaian rekabentuk program-program tersebut.

Dengan menggunakan pelbagai kumpulan kawalan, 24 daripada 39 penilaian menunjukkan kesan intervensi perlindungan yang signifikan ke atas sekurang-kurangnya satu hasil biologi atau hasil tingkah laku dalam jangkamasa pendek, jangkamasa sederhana, atau rawatan susulan jangkamasa panjang. Lapan kajian mendapati tiada bukti bahawa program abstinens-tambahan mempengaruhi insiden laporan kendiri jangkitan transmisi seksual (STI) dan bukti terhad bahawa program tersebut mempunyai kesan perlindungan ke atas laporan kendiri insiden kehamilan. Keputusan hasil tingkahlaku adalah tidak konsisten dalam pelbagai kajian. Penemuan kebanyakan kajian yang menilai pengetahuan berkaitan dengan HIV lebih memihak kepada kumpulan intervensi daripada kumpulan kawalan. Tiada kemudaratan diperhatikan untuk sebarang hasil termasuklah insiden dan kekerapan aktiviti seksual.

Limitasi ulasan ini termasuklah kekurangan laporan hasil yang berkaitan, pergantungan kepada peserta program untuk melaporkan tingkahlaku mereka dengan tepat, dan kelemahan metodologi dalam kajian-kajian tersebut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Melaka Manipal Medical College).Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka manipal Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information