Amfetamine untuk ADHD dalam orang dengan kehilangan upaya intelektual

Sesetengah orang dengan kehilangan upaya intelektual (ID; juga dikenali sebagai rencat akal) mungkin mempunyai "attention deficit hyperactive disorder' (ADHD). Kebanyakan penyelidikan rawatan ADHD dengan amfetamine telah dilakukan dalam kalangan orang yang tidak ada ID. Objektif ulasan ini ialah untuk menilai sama ada amfetamine berkesan merawat ADHD dalam kalangan orang yang juga ada kekurangan upaya intelek. Kami menemui hanya satu kajian, yang mengkaji persoalan ini dalam sekumpulan kecil peserta. Tiada kesan ditemui, tetapi kami fikir ini tidak memberi cukup bukti untuk membuat kesimpulan sama ada amfetamine berkesan atau sebaliknya. Penyelidikan lanjutan dalam bahagian ini diperlukan dengan segera.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information