Penyinaran separa payudara untuk kanser payudara awal

Apakah isunya?

Kanser payudara adalah kanser paling lazim dalam kalangan wanita.

Wanita dengan kanser payudara awal yang memilih untuk mengekalkan payudara perlu radioterapi (RT) dan juga pembedahan untuk membuang kanser tersebut bagi memastikan ia tidak tumbuh semula di payudara. RT adalah rawatan x-ray beradiasi tinggi. Mengguna RT untuk kanser payudara sering melibatkan 15 hingga 30 lawatan ke jabatan RT, lima kali seminggu.

Jika kanser payudara tumbuh kembali pada payudara yang sama (dipanggil berulang tempatan), ia cenderung untuk kembali di kawasan di mana ia telah dibuang sebelumnya. Wanita juga boleh mendapat kanser baru (baru 'primer di lain tempat) di bahagian lain payudara yang sama. Kami tidak pasti jika RT yang diberi untuk menghentikan pertumbuhan semula kanser di kawasan kanser pertama menghentikan pertumbuhan 'primer di lain tempat.'

Mengapa ianya penting?

Sebolehnya kami ingin merawat kawasan paling kecil dengan RT kerana ini bermakna kurang kesan sampingan. Merawat hanya sebahagian daripada payudara bermakna bahawa RT mungkin dapat digunakan lagi di bahagian lain payudara yang sama jika diperlukan. Cara-cara baru untuk memberi RT membolehkan rawatan pada sebahagian payudara dapat dilakukan dengan jumlah bilangan rawatan yang kurang. Ini memudahkan wanita dan mengurangkan kos.

Apakah yang kami bandingkan?

Kami bertanya jika memberi RT kepada sebahagian payudara (dipanggil penyinaran separa payudara (PBI)) sama baik seperti memberi RT payudara penuh. PBI boleh diberi dengan jangka masa rawatan yang dipendekkan (disebut penyinaran payudara separa dipercepat (APBI)).

Untuk rawatan ini boleh terima, perlu kawalan kanser serta memberi RT ke payudara penuh. Agar rawatan ini dapat diterima, ia juga agak penting bahawa PBI memberikan tentang kesan-kesan sampingan yang sama dan rupa payudara seperti merawat keseluruhan payudara.

Apakah yang telah kami temui?

Kami menjumpai sembilan kajian yang melibatkan 15,187 wanita. Bukti kami adalah terkini sehingga 27 Ogos 2020. Perulangan setempat mungkin lebih lazim dengan APBI / PBI (bukti kualiti sederhana) dan penampilan payudara (dinilai oleh doktor dan jururawat) mungkin lebih teruk dengan APBI / PBI (bukti kualiti sederhana). Mungkin ada sedikit perbezaan dalam survival (bukti berkualiti tinggi). Radiasi fibrosis lewat (perubahan penampilan dan rasa payudara) mungkin meningkat dengan APBI/PBI. Mungkin terdapat sedikit perbezaan kematian akibat kanser payudara dan penyebaran kanser payudara ke seluruh badan dengan penggunaan APBI/PBI. Penggunaan APBI/PBI tidak banyak membezakan berapa ramai wanita perlu mastektomi (pembuangan payudara penuh) kerana kesan sampingan yang tidak boleh diterima atau perulangan setempat.

Apa maksud penemuan kami?

Ini bermaksud pada masa ini, PBI tidak memberi kawalan kanser payudara yang sama seperti merawat seluruh payudara, tetapi perbezaannya adalah kecil. Ia mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk. Terdapat tujuh kajian besar yang sedang berlangsung yang penting untuk menjawab soalan ini. Kami berharap untuk mendapat jawapan yang lebih jelas dalam ulasan kemas kini akan datang.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Nila Pillai (Cochrane Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information