Menambah baik penjagaan paliatif untuk orang tua di rumah jagaan

Manusia hidup lebih lama, namun, orang tua sering mempunyai banyak masalah kesihatan dan kehilangan upaya yang menyebabkan mereka tinggal dan akhirnya meninggal dunia di rumah jagaan. Penghuni di rumah seperti ini berkemungkinan tinggi untuk meninggal dunia di sana, menjadikan tempat ini memerlukan penjagaan paliatif. Penjagaan paliatif memberikan kelegaan dari kesakitan dan gejala lain yang membimbangkan yang dialami orang yang lanjut usia. Penjagaan paliatif diharap membantu orang hidup seaktif mungkin sehingga kematian, dan keluarga mereka untuk menghadapi penyakit dan kehilangan. Tujuan ulasan ini adalah untuk melihat keberkesanan intervensi penjagaan paliatif di rumah jagaan, dan untuk menerangkan ukuran hasil yang digunakan dalam kajian-kajian. Kami hanya menemui tiga kajian yang sesuai (735 peserta), semuanya dari Amerika Syarikat. Terdapat sedikit bukti bahawa intervensi untuk menambah baik penjagaan paliatif bagi orang tua di rumah jagaan telah menambah baik hasil untuk penghuni. Satu kajian mendapati penjagaan paliatif meningkatkan persepsi anggota keluarga yang berkabung terhadap kualiti penjagaan dan kajian yang lain mendapati ketidakselesaan lebih rendah untuk penghuni dengan demensia pada saat akhir hayat. Terdapat masalah dengan kedua-dua penemuan ini. Dua kajian mendapati bahawa penjagaan paliatif menambah baik beberapa cara penjagaan diberikan di rumah jagaan, namun, kami tidak mengetahui jika ini menyebabkan hasil yang lebih baik untuk penghuni. Terdapat keperluan untuk lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi, terutamanya dari luar Amerika Syarikat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information