Soalan ulasan
Kami mengulas bukti untuk menentukan sama ada antibiotik (bersendirian atau dalam kombinasi) yang diberikan kepada orang dengan penyakit sel sabit yang mempunyai osteomielitis (jangkitan tulang) sebelum bakteria khusus yang menyebabkan jangkitan diketahui adalah berkesan dan selamat berbanding dengan rawatan antibiotik yang ditujukan kepada bakteria dan sama ada keberkesanan dan keselamatan ini bergantung kepada regimen rawatan, umur atau persekitaran yang berbeza. Ini merupakan kemas kini bagi Ulasan Cochrane yang diterbitkan sebelumnya.
Latar belakang
Penyakit sel sabit menjejaskan jutaan orang di seluruh dunia. Osteomielitis merupakan salah satu komplikasi utama. Antibiotik diberikan untuk merawatnya, tetapi tiada rawatan yang standard di seluruh dunia.
Tarikh carian
Bukti terkini sehingga: 18 September 2019.
Ciri-ciri kajian
Tiada kajian disertakan dalam ulasan ini.
Keputusan utama
Kami menyimpulkan bahawa kajian rawak terkawal harus dijalankan untuk menjawab soalan-soalan ini, namun, kami tidak menjangkakan kajian lebih lanjut bagi intervensi ini akan dijalankan, dan oleh itu ulasan ini tidak akan lagi dikemas kini dengan kerap.
Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USMKK). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my