Cohosh hitam (Cimicifuga spp.) untuk simptom menopaus

Menopaus adalah tempoh masa dalam kehidupan seorang wanita apabila haid tamat. Perubahan-perubahan dalam haid sering disertai oleh gejala-gejala yang menyusahkan, termasuk hangat memerah, kekeringan faraj dan peluh malam. Intervensi yang mengurangkan keterukan dan kekerapan gejala menopaus lebih berkemungkinan untuk menambah baik kesejahteraan dan kualiti hidup seseorang. Herba cohosh hitam telah digunakan secara tradisional oleh Orang Asli Amerika untuk merawat ketakteraturan haid, dengan banyak kajian eksperimen yang menyokong penggunaan cohosh hitam dalam menopaus. Ulasan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan cohosh hitam untuk mengawal gejala menopaus. Ulasan 16 kajian (melibatkan 2027 wanita) mendapati tiada cukup bukti untuk menyokong penggunaan cohosh hitam untuk gejala menopaus. Memandangkan kualiti yang tidak pasti dalam kebanyakan kajian yang termasuk dalam ulasan ini, penyelidikan lanjut bagi menyiasat keberkesanan cohosh hitam untuk gejala menopaus diperlukan. Kajian tersebut perlu memberi lebih pertimbangan kepada penggunaan hasil penting lain (seperti kualiti hidup, kesihatan tulang, peluh malam dan keberkesanan kos), reka bentuk kajian yang ketat dan laporan berkualiti kaedah kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information