Rangsangan saraf elektrik transkutaneus (TENS) untuk kesakitan fantom dan sakit tunggul selepas amputasi pada orang dewasa

Kesakitan mungkin hadir pada bahagian badan yang telah dipotong (kesakitan fantom) atau di tapak amputasi (sakit tunggul), atau kedua-duanya. Kesakitan fantom dan sakit tunggul adalah keadaan yang kompleks dan menjejaskan sehingga 80% orang yang diamputasi. Punca asas tidak difahami sepenuhnya. Terapi ubat adalah rawatan yang paling biasa tetapi keadaan masih tidak diurus dengan baik. Keperluan untuk intervensi bukan dadah telah diiktiraf dan TENS mungkin memainkan peranan yang penting.

TENS ialah teknik analgesik yang murah, selamat dan mudah digunakan. TENS diberikan dengan menggunakan peranti mudah alih berkuasa bateri, yang menjana arus elektrik yang dihantar ke kulit untuk mengaktifkan saraf asas.

Carian terkini pelbagai pangkalan data pada Mac 2015 mendapati tiada kajian yang memenuhi kriteria kelayakan untuk dimasukkan dalam ulasan ini.

Mustahil untuk menilai keberkesanan TENS untuk kesakitan fantom dan sakit tunggul.

Adalah tidak mungkin untuk menilai risiko bahaya daripada penggunaan TENS untuk kesakitan fantom dan sakit tunggul.

Satu kajian rawak terkawal yang besar berbilang pusat bagi TENS untuk kesakitan fantom dan sakit tunggul diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information