Perbandingan antara pembedahan dengan endoterapi radikal bagi kanser esofagus peringkat awal dalam esofagus Barrett

Tinjauan Cochrane ini menunjukkan bahawa tidak ada kajian terkawal secara rawak untuk membandingkan pilihan pengurusan di kawasan yang penting ini, oleh itu kajian harus dilakukan dengan segera. Penggunaan endoterapi kini dalam merawat pesakit kanser peringkat awal ataupun displasia gred tinggi esofagus Barrett mesti berdasarkan cadangan pasukan pelbagai disiplin yang terlibat dalam rawatan individu. Kajian terkawal secara rawak yang dijalankan dengan betul yang membandingkan pembedahan dengan endoterapi mesti dilakukan sebelum apa-apa kesimpulan dapat dibuat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ammar Al Hakim bin Mohd Kamil (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information