Naftopidil untuk rawatan gejala saluran kencing yang serasi dengan hiperplasia prostat yang tidak berbahaya

Soalan ulasan

Apakah kesan naftopidil pada lelaki dengan gejala kencing yang mengganggu disebabkan oleh prostat yang membesar?

Latar belakang

Prostat yang membesar (disebut hiperplasia prostat yang tidak berbahaya) boleh menyebabkan gejala saluran kencing yang mengganggu seperti sering membuang air kecil pada waktu siang atau malam, mempunyai aliran air kencing yang lemah, dan mempunyai perasaan untuk tidak mengosongkan pundi kencing sepenuhnya. Sebab biasa untuk keluhan ini adalah prostat yang membesar, yang biasa terjadi pada lelaki yang lebih tua. Naftopidil adalah ubat yang dapat membantu mengatasi gejala-gejala ini dan mungkin menyebabkan kesan yang tidak diingini lebih sedikit daripada ubat lain yang digunakan untuk masalah ini. Dalam ulasan ini, kami membandingkan naftopidil dengan ubat lain.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan 22 kajian dengan 2223 lelaki. Purata umur peserta adalah 68.0 tahun. Lelaki-lelaki ini kebanyakannya mempunyai gejala yang sederhana atau teruk.

Keputusan utama

Naftopidil mungkin mempunyai kesan yang serupa pada gejala kencing dan QoL berbanding dengan tamsulosin dan silodosin. Dari segi kesan yang tidak diingini, naftopidil mungkin mempunyai kesan sampingan seksual yang tidak diingini yang serupa dengan tamsulosin tetapi kurang berbanding dengan silodosin.

Kebolehpercayaan bukti

Kebolehpercayaan bukti untuk kebanyakan gejala adalah rendah. Ini bermakna kesan sebenar mungkin berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information