Sekiranya antibiotik profilaktik digunakan pada pesakit dengan trauma abdomen yang sakit?

Selama lebih dari setengah abad, antibiotik telah diberikan kepada pesakit yang mengalami kecederaan yang menembusi rongga peritoneal perut dalam usaha untuk mengurangkan kejadian infeksi luka selepas pembedahan, infeksi intra-perut dan kematian. Ulasan ini direka untuk menilai sama ada amalan ini disokong oleh bukti perubatan atau tidak.

Tiada kajian rawak terkawal yang didapati yang memenuhi kriteria pemasukan untuk ulasan ini. Oleh itu, tidak ada bukti untuk menyokong secara tegas atau membantah amalan ini. Garis panduan semasa adalah berdasarkan pendapat pakar dan bukan fakta.

Kami mengesyorkan agar kajian rawak terkawal direka untuk menilai pesakit yang akan mendapat faedah dari profilaksis antibiotik, dan pesakit mana yang tidak akan. Semoga ini akan menyebabkan pengurangan penggunaan antibiotik yang tidak perlu, dan dengan itu kurang rintang antibiotik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information