Latar belakang
Penyekat reseptor alfa dan beta adalah subkelas daripada penyekat beta yang biasa digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (BP). Ubat-ubatan dalam kelas ini termasuk carvedilol (Coreg), labetalol (Trandate) dan dilevalol (Unicard). Pengkaji telah mencari dan menemui kajian-kajian yang berkaitan untuk mengkaji sejauh mana kelas ubat ini dalam menurunkan tekanan darah.
Ciri-ciri kajian
Pengkaji mendapati lapan kajian klinikal pada bulan Oktober 2014, yang meneliti kesan pengurangan tekanan darah oleh carvedilol dan labetalol pada 1493 peserta dengan tekanan darah tinggi. Peserta-peserta tersebut dibahagikan secara rawak untuk menerima sama ada satu dos tetap penghalang reseptor dwi atau plasebo selama 3 hingga 12 minggu.
Keputusan-keputusan utama
Secara purata, penghalang reseptor dwi menurunkan BP sistolik dengan enam mata, BP diastolik dengan empat mata dan kadar denyutan jantung sebanyak lima denyutan seminit pada pesakit dengan tekanan darah tinggi yang rendah sederhana hingga sederhana. Terdapat lebih banyak data mengenai kesan-kesan carvedilol. Secara purata, carvedilol menurunkan BP sistolik dengan empat mata dan BP diastolik dengan tiga mata. Penghalang reseptor dwi dengan dos yang lebih tinggi akan menyebabkan kadar jantung yang lebih perlahan tetapi tidak menurunkan BP. Kesan penurunan BP bagi penghalang reseptor dwi adalah kurang daripada kelas-kelas ubat lain yang menurunkan BP. Pesakit-pesakit yang mengambil penghalang reseptor dwi adalah lebih mungkin tidak akan menarik diri daripada kajian berbanding dengan pesakit yang mengambil plasebo.
Kualiti bukti
Kualiti bukti dinilai rendah kerana terdapat pelbagai jenis bias yang boleh membesar-besarkan kesan. Bukti berkualiti rendah bermakna kajian masa depan berkemungkinan akan membawa kesan penting pada keyakinan kita dalam menganggarkan kesan dan ini mungkin mengubah anggaran.
Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Chan MW. (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi peiyee95@hotmail.com.