Apakah tujuan ulasan ini?
Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada menyediakan penjagaan kesihatan di hospital pengelakan kemasukan di tetapan rumah meningkatkan hasil kesihatan pesakit dan mengurangkan kos perkhidmatan kesihatan.
Mesej utama
Hospital di rumah mengelak kemasukan hospital mungkin sedikit atau tidak ada perbezaan terhadap risiko kematian; mungkin meningkatkan peluang tinggal di rumah pada masa susulan enam bulan; dan boleh sedikit lebih murah.
Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini?
Terdapat lebih banyak permintaan untuk katil hospital akut daripada katil yang tersedia. Salah satu cara untuk mengurangkan kebergantungan pada katil hospital adalah dengan menyediakan penjagaan kesihatan akut di rumah, kadang-kadang dipanggil sebagai 'Hospital di rumah pengelakkan kemasukan hospital'. Sebaliknya, 'pelepasan awal hospital di rumah' merujuk kepada pesakit yang dikeluarkan awal dari hospital untuk dirawat di rumah; topik ini telah dikaji secara berasingan.
Apakah yang kami ingin tahu?
Kami ingin mengetahui sama ada hospital di rumah membawa perbezaan kepada hasil kesihatan pesakit dan hidup secara bebas di rumah. Kami juga ingin mengetahui sama ada ia lebih murah daripada penjagaan hospital, dan jika ia mempengaruhi tempoh penginapan dalam rawatan dan kepuasan pesakit.
Apakah yang kami lakukan?
Kami telah mencari kajian yang membandingkan rawatan hospital di rumah untuk kejadian kesihatan akut dengan penjagaan hospital pesakit dalam. Kami membandingkan dan meringkaskan keputusan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apa yang telah kami temui?
Kami menemui 20 kajian, di mana empat dikenal pasti untuk kemas kini ini, dengan sejumlah 3100 pesakit dengan julat keadaan akut. Empat kajian merekrut peserta dengan penyakit obstruktif kronik (paru-paru); dua kajian merekrut peserta yang pulih dari angin ahmar; tujuh kajian merekrut peserta dengan keadaan perubatan (tiba-tiba atau jangka pendek) yang kebanyakannya lebih tua; dan kajian selebihnya merekrut peserta dengan campuran keadaan.
Jika dibandingkan dengan penjagaan di hospital, perkhidmatan pengelakanran kemasukan hospital di rumah untuk sekumpulan pesakit terpilih mungkin sedikit atau tidak ada perbezaan terhadap risiko kematian atau kemungkinan dibawa ke hospital dalam tempoh 3 hingga 12 bulan akan datang, dan mungkin meningkatkan peluang tinggal di rumah pada masa susulan enam bulan. Pesakit yang menerima penjagaan di rumah boleh mempunyai kepuasan yang meningkat berbanding mereka di hospital; namun, kesan jenis rawatan ini terhadap penjaga yang menyokongnya tidak jelas. Hospital di rumah mungkin mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam status kesihatan pesakit. Hospital di rumah mengurangkan jumlah masa yang dihabiskan pesakit di hospital, sementara tempoh tinggal di hospital di rumah cenderung lebih lama daripada penginapan hospital biasa. Pengelakan kemasukan ke hospital di rumah mungkin mengurangkan kos rawatan, walaupun julat jumlah yang berbeza.
Apakah batasan bukti?
Oleh kerana kebanyakan kajian bersaiz kecil, kami mempunyai keyakinan yang sederhana bahawa hospital pengelakan kemasukan di rumah tidak menghasilkan perbezaan dengan jumlah orang yang meninggal jika dibandingkan dengan rawatan di hospital. Keyakinan kami terhadap bukti untuk kemasukan semula dan tinggal di penjagaan kediaman dikurangkan menjadi sederhana kerana panjang susulan berbeza antara kajian. Kami mempunyai keyakinan yang sederhana dengan bukti status kesihatan yang dilaporkan oleh pesakit, kerana peserta menyedari rawatan mana yang mereka dapatkan, yang mungkin mempengaruhi keputusannya. Kami mempunyai keyakinan yang rendah terhadap bukti kepuasan pesakit kerana tidak banyak kajian melaporkan hasil ini, dan pada jangka masa tinggal kerana tempoh penginapan berbeza-beza mengikut kajian. Kami mempunyai keyakinan yang sederhana dengan bukti kos kerana hanya tiga kajian yang melihatnya sepenuhnya.
Sejauh manakah ulasan ini terkini?
Kami mencari kajian yang diterbitkan sehingga Februari 2022.
Sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini. Diterjemah oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.