Apakah tujuan ulasan ini?
Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui ubat mana yang lebih berkesan dan selamat untuk pengurusan ketagihan opium. Kami mengumpul dan menganalisa semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan menjumpai 13 kajian yang melibatkan 1096 peserta.
Mesej utama
Ulasan ini menyertakan 12 perbandingan berikut: baclofen berbanding clonidine, clonidine berbanding clonidine tambah amantadine, clonidine berbanding buprenorphine, clonidine berdos tinggi berbanding clonidine berdos rendah berbanding pengurusan bersimptom, clonidine berbanding methadone, methadone berbanding tramadol, methadone berbanding methadone tambah gabapentin, pengurangan beransur methadone berbanding penarikan tiba-tiba methadone, methadone tambah amitriptyline berbanding methadone, diphenoxylate berbanding propoxyphene, tiga protokol berbeza tinktur opium, dan tinktur opium berbanding methadone. Kajian tersebut dijalankan di tiga negara, Iran, India dan Thailand. Sokongan daripada satu syarikat farmasikutikal dalam bentuk pembekalan percuma ubatan dilaporkan hanya dalam satu kajian.
Bukti adalah tidak jelas sama ada sebarang penilaian ubatan adalah lebih berkesan daripada yang lain dalam pengurusan ketagihan opium. Namun, ia kelihatan bahawa simptom ketagihan opium adalah signifikan dalam beberapa hari selepas pemberhentian opium. Semua ubatan yang dinilai mungkin berguna dalam melegakan simptom. Penggunaan clonidine mungkin menyebabkan tekanan darah rendah.
Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Simptom ketagihan opium adalah sama seperti untuk opioid yang lain seperti heroin, tetapi dengan intensiti ringan. Pesakit lazim memerlukan ubatan untuk membantu melegakan simptom ketagihan.
Apakah keputusan utama ulasan ini?
Kami tidak pasti sama ada kesan clonidine berbeza daripada yang dibawa oleh baclofen dalam bilangan peserta yang melengkapkan rawatan (kepastian bukti adalah sangat rendah).
Kami tidak pasti sama ada penambahan amantadine kepada clonidine mengurangkan keseriusan simptom ketagihan dalam hari 1 kepada 3 dalam persekitaran pesakit dalam, atau sama ada ia mempunyai kesan atas pelengkapan rawatan (kepastian bukti adalah sangat rendah).
Kami tidak pasti sama ada buprenorphine adalah lebih bagus daripada clonidine dalam pengawalan simptom ketagihan dalam persekitaran pesakit dalam dan pesakit luar (kepastian bukti adalah sangat rendah). Kesan sampingan, termasuk tekanan darah rendah, dilaporkan dalam bilangan yang lebih banyak dalam kumpulan clonidine.
Kami tidak pasti sama ada dos tinggi clonidine berbeza daripada dos rendah clonidine dalam pelengkapan rawatan dalam persekitaran pesakit dalam (kepastian bukti sangat rendah), namun bilangan kes tekanan darah rendah yang lebih tinggi dilaporkan dengan clonidine berdos tinggi.
Clonidine mungkin lebih bagus daripada methadone dalam mengekalkan pesakit dalam rawatan di dalam persekitaran pesakit luar.
Kami tidak pasti sama ada tramadol berbeza daripada methadone dalam pelengkapan rawatan dan dalam melegakan simptom penarikan, dan sama ada kesan sampingan adalah biasa dengan methadone (kepastian bukti sangat rendah).
Penambahan gabapentin kepada methadone mungkin membawa sedikit atau tiada perbezaan dalam pelengkapan rawatan dan dalam keseriusan simptom ketagihan.
Kami tidak pasti sama ada penarikan methadone secara tiba-tiba berkait dengan aduan pesakit yang lebih kurang sama daripada pengurangan methadone beransur (kepastian bukti sangat rendah).
Tinktur opium mungkin membawa tiada perbezaan dalam pelengkapan rawatan, keseriusan simptom penarikan, dan kesan sampingan dalam perbandingan kepada methadone.
Setakat manakah ulasan ini dikemaskini?
Kami telah mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga September 2017.
Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.