Peningkatkan kawalan glukosa untuk mencegah dan merawat neuropati diabetis

Diabetis ditakrifkan sebagai tahap gula yang tinggi dalam darah. Penyakit ini terdapat dua jenis. Diabetis jenis 1, badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi. Diabetis jenis 2, badan menjadi kurang responsif terhadap insulin. Ramai orang mengalami gangguan neuropati tanpa kira jenis diabetis yang mereka dapati. Neuropati adalah satu keadaan yang mengakibatkan rasa kebas, kesemutan, kesakitan, atau kelemahan yang biasanya bermula di tapak kaki dan hingga ke kaki. Pengedaran sering dikatakan sebagai corak stok sarung tangan di mana kaki akan dipengaruh dahulu, diikuti dengan kaki dan jari. Rawatan yang paling biasa untuk diabetis adalah mengawal kadar gula darah dengan usaha untuk mencegah banyak komplikasi, termasuk neuropati. Ulasan ini telah mengenal pasti 17 kajian rawak yang membincangkan sama ada percubaan lebih agresif dapat menurunkan tahap glukosa darah serta mencegah neuropati. Tujuh kajian ini telah dijalankan pada pesakit diabetis jenis 1, lapan dalam diabetis jenis 2 dan dua dalam kedua-dua jenis. Tetapi, hanya dua kajian dalam diabetis jenis 1 yang termasuk 1228 peserta dan empat kajian dalam diabetis jenis 2 yang termasuk 6669 peserta telah menyiasat hasil utama kami. Dalam diabetis jenis 1, terdapat kesan signifikan untuk terapi yang lebih agresif dalam mencegah neuropati berbanding rawatan standard. Diabetis jenis 2, terapi yang lebih agresif juga bermanfaat dalam mencegah simptom dan tanda-tanda neuropati klinikal, tetapi hasilnya tidak signifikan secara statistik yang didapati dengan kaedah utama yang dipilih untuk kajian ini. Walau bagaimanapun, terdapat kesan positif yang signifikan terhadap jumlah kerosakan saraf yang diukur dengan ujian pengaliran saraf elektrik dan mesin khas untuk mengukur had pengesanan getaran dalam kedua-dua jenis diabetis. Keseluruhannya, bukti menunjukkan bahawa rawatan tahap gula yang lebih agresif akan melambatkan permulaan neuropati dalam kedua-dua jenis diabetes. Tiada rawatan lain yang terbukti berkesan sehingga kini. Tetapi, kesan yang baik harus diseimbangkan dengan risiko peningkatan tahap gula darah rendah yang boleh berlaku dalam kedua-dua jenis diabetis yang menyebabkan kecederaan otak antara isu-isu lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information