Kami mengemaskini ulasan tentang faedah dan kemudaratan certolizumab pegol (CZP) bagi orang dewasa dengan artritis reumatoid aktif (RA) Kami mencari semua kajian yang berkaitan sehingga September 2016 dan mendapati 14 kajian dengan 5499 orang.
Tempoh susulan dalam kebanyakan kajian ialah 24 minggu; kebanyakan peserta adalah wanita.
Apakah artritis reumatoid dan apakah certolizumab pegol?
Apabila anda mempunyai RA, sistem imun anda menjadi terlampau aktif dan menyerang lapisan sendi anda. Ini menyebabkan sendi bengkak, kejang, dan sakit.
Certolizumab pegol adalah ubat biologik untuk rawatan RA. Ia berfungsi menghalang bahan yang dihasilkan oleh badan yang dikenali sebagai faktor nekrosis tumor alfa (TNFα). Certolizumab pegol diberi melalui suntikan di bawah kulit. Dos yang diluluskan adalah 200 mg.
Apakah yang berlaku kepada orang artritis reumatoid yang mengambil certolizumab pegol 200 mg selang seminggu selepas enam bulan?
ACR50 (piawai: penambahbaikan 50% jumlah sendi yang sakit atau bengkak dan hasil lain seperti sakit dan kecacatan):
- Lebih 25 orang daripada 100 mengalami penambahbaikan dalam artritis reumatoid mereka selepas enam bulan dengan certolizumab pegol (penambahbaikan mutlak 25%).
- 36 orang daripada 100 orang yang mengambil certolizumab pegol mengalami penambabahbaikan berbanding sembilan orang daripada 100 yang mengambil plasebo (suntikan tiruan).
Kami menilai kualiti bukti untuk ACR50 sebagai tinggi.
Kualiti hidup berkaitan kesihatan (Soal selidik Penilaian Kesihatan, HAQ: skala 0 hingga 3, di mana skor yang lebih rendah bermaksud penambahbaikan):
- orang yang mengambil certolizumab pegol memperoleh skor 0.35 mata lebih rendah daripada orang yang mengambil plasebo (penambahbaikan mutlak 12%).
- orang yang mengambil certolizumab pegol memperoleh skor 0.48 mata lebih rendah berbanding dengan 0.13 mata lebih rendah bagi orang yang mengambil plasebo.
Kami menilai kualiti bukti untuk HAQ sebagai sederhana, gred diturunkan, akibat bilangan besar orang yang tercicir daripada kajian.
'Remission' (tiada tanda-tanda keradangan klinikal):
- 10 orang daripada 100 mengalami 'remission' dengan certolizumab pegol (penambahbaikan mutlak 10%).
- 22 orang dari 100 yang mengambil certolizumab pegol mengalami 'remission' berbanding dengan 12 orang daripada 100 yang mengambil plasebo.
Kami menilai kualiti bukti untuk r'emission' sebagai tinggi.
Perubahan radiologi (sinar-x sendi, diukur pada skala 0 hingga 230 unit):
- Kerosakan sendi pada orang yang mengambil certolizumab pegol adalah kurang 0.67 unit (penambahbaikan mutlak -0.29%).
- kerosakan sendi orang yang mengambil certolizumab pegol adalah kurang 0.04 unit berbanding orang yang mengambil plasebo, di mana kerosakan sendi adalah 0.7 unit lebih.
Kami menilai kualiti bukti untuk penemuan dalam perubahan radiologi sebagai sederhana, gred diturunkan, kerana jumlah tinggi orang yang tercicir daripada kajian.
Peristiwa buruk serius
- Labih dari tiga orang daripada 100 mengalami peristiwa buruk yang serius dengan certolizumab pegol (3% kemudaratan mutlak).
- sembilan orang daripada 100 yang mengambil certolizumab pegol mengalami kesan buruk yang serius berbanding dengan enam orang dari 100 orang yang mengambil plasebo.
Penyelidik menilai kualiti bukti untuk kesan sampingan serius sebagai tinggi.
Semua penarikan diri
- Lebih kurang 29 orang dari 100 mengalami penarikan diri dengan certolizumab pegol (bahaya mutlak 29%).
- 23 orang dari 100 orang yang mengambil certolizumab pegol mengalami penarikan diri berbanding dengan 52 orang dari 100 yang mengambil plasebo.
Kami menilai kualiti bukti untuk semua penarikan diri sebagai sederhana.
Penarikan diri oleh peserta adalah akibat peristiwa buruk.
- dua lagi orang daripada 100 menghentikan rawatan kerana SAE dengan certolizumab pegol (2% kemudaratan mutlak).
- lima orang daripada 100 yang mengambil certolizumab pegol menghentikan rawatan kerana SAE berbanding tiga orang daripada 100 yang mengambil plasebo.
Kami menilai kualiti bukti untuk penarikan diri akibat peristiwa buruk sebagai tinggi.
Secara ringkasnya:
- certolizumab pegol menambahbaik ACR50, kualiti hidup yang berkaitan kesihatan, dan 'remission' RA.
- certolizumab pegol mungkin boleh mengurangkan kerosakan sendi seperti yang dilihat pada sinar-x.
- certolizumab pegol meningkatkan peristiwa buruk yang serius.
- dengan certolizumab pegol, kurang orang menghentikan pengambilan rawatan mereka, tetapi mereka yang menghentikan rawatan berbuat demikian kerana peristiwa buruk yang serius.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.