Melegakan sakit untuk histeroskopi sebagai pesakit luar

Soalan ulasan

Tujuan ulasan ini adalah untuk menentukan, jika ada, ubat penahan sakit berkesan untuk mengurangkan ketidakselesaan yang dialami dengan histeroskopi pesakit luar.

Latar belakang

Histeroskopi adalah ujian diagnostik yang dilakukan untuk mengenal pasti punca pendarahan rahim yang tidak normal. Histeroskopi melibatkan cecair atau gas yang disuntik melalui serviks ke rahim, membolehkan visualisasi saluran serviks dan rongga rahim dengan histeroskop, di mana ia boleh menyakitkan. Terdapat ketidaksepakatan mengenai bentuk terbaik menghilangkan kesakitan semasa prosedur tersebut.

Ciri-ciri kajian

Kami melibatkan 32 kajian rawak terkawal (RCTs), dengan 3304 peserta, yang hanya 19 data yang dilaporkan sesuai untuk analisis.

Semua kajian berlaku dalam keadaan klinikal. Usia peserta adalah antara 33 hingga 61 tahun. Kajian dijalankan di Australia, Belgium, Brazil, Kanada, China, Perancis, Greece, India, Itali, Sepanyol, Taiwan, Inggeris, Amerika Syarikat. Skor kesakitan dasar dalam semua kumpulan adalah agak rendah. Bukti ini adalah terkini sehingga March 2016.

Keputusan utama

Tiada bukti berkualiti-konsisten mengenai perbezaan klinikal yang bermakna dalam keselamatan atau keberkesanan antara jenis kelegaan kesakitan yang berbeza berbanding satu sama lain atau dengan plasebo atau tiada rawatan pada wanita yang menjalani histeroskopi pesakit luar.

Kualiti bukti

Kebanyakan kajian berada pada risiko yang tidak jelas atau berisiko berat sebelah tinggi di kebanyakan domain yang dinilai. Bukti adalah berkualiti rendah atau sangat rendah, terutamanya disebabkan oleh risiko berat sebelah dan ketidaktepatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information