Beta-karotena, vitamin A, vitamin C, dan vitamin E tidak boleh disyorkan sebagai rawatan untuk penyakit hati.
Ketidakseimbangan antara tekanan oksidatif berlebihan dan pertahanan antioksida yang terlalu sedikit telah dicadangkan sebagai punca pelbagai jenis penyakit hati. Oleh itu, suplemen antioksidan (beta-karotena, vitamin A, vitamin C, vitamin E, dan selenium) berpotensi untuk pesakit yang menghidap penyakit hati. Bukti tentang keberkesanan suplemen antioksidan dalam rawatan penyakit hati adalah bercanggahan.
Dalam ulasan ini rawatan dengan suplemen antioksida bagi penyakit hati yang disebabkan oleh alkohol, autoimun, virus hepatitis B atau hepatitis C, atau sirosis hati dinilai. Ulasan ini merangkumi 20 kajian klinikal rawak. Sejumlah 1225 peserta telah diberi secara rawak suplemen antioksidan (beta-karotena, vitamin A, vitamin C, vitamin E dan selenium) berbanding plasebo atau tanpa sebarang intervensi . Bilangan kecil peserta yang dirawak meningkatkan risiko ralat rawak. Kualiti kajian adalah rendah dan dengan itu risiko ralat sistematik (bias) adalah tinggi.
Berdasarkan kajian rawak klinikal yang dijalankan, bukti-bukti yang meyakinkan beta-karotena, vitamin A, vitamin C, dan vitamin E atau kombinasi antioksidan bermanfaat untuk rawatan penyakit hati yang disebabkan oleh alkohol, autoimun, virus hepatitis B atau hepatitis C, atau sirosis hati tidak dapat dicari.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.