Vitamin D untuk rawatan keadaan sakit kronik dalam kalangan dewasa

Sakit kronik ialah kesakitan tahap sederhana atau teruk yang bertahan selama tiga bulan atau lebih. Puncanya adalah pelbagai, tetapi kebanyakannya berpunca dari keadaan muskuloskeletal seperti atritis atau sakit dalam otot. Sakit kronik sering mempengaruhi warga tua berbanding orang muda Sakit kronik menghilangkan keupayaan dan memberi impak negatif yang besar ke atas kualiti hidup

Vitamin D mempunyai pelbagai peranan di dalam badan Ia dihasilkan di kulit melalui tindakan cahaya matahari dan boleh juga didapati daripada makanan Kekurangan vitamin D telah dibabitkan dalam beberapa keadaan termasuk sakit kronik. Tambahan pula, kaitannya dengan pelbagai jenis sakit seperti sakit kepala, sakit abdomen, sakit lutut dan sakit belakang mengikut musim pada setiap tahun dan latitud memberi sokongan tidak langsung peranan vitamin D. Kemungkinan hubungan di antara paras vitamin D yang rendah dengan sakit kronik telah menarik perhatian kerana jika benar, vitamin D merupakan rawatan yang murah dan selamat.

Kami mencari pangkalan data saintifik kajian-kajian yang membandingkan penambahan vitamin D dengan plasebo (rawatan palsu) atau ubat aktif untuk rawatan sakit kronik dalam kalangan dewasa. Bukti adalah terkini sehingga Februari 2015.

Terdapat sedikit bukti yang menyokong hubungan ini tetapi ia tidak berkualiti tinggi dan mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini ulasan perlu bukti berkualiti tinggi daripada kajian rawak terkawal (kajian di mana para peserta diperuntuk secara rawak untuk menerima salah satu daripada beberapa rawatan) tentang vitamin D untuk keadaan sakit kronik.

Kami tidak mendapati pola yang konsisten vitamin D lebih baik dari plasebo untuk keadaan sakit kronik, tetapi kajian-kajian tersebut mempunyai kelemahan metodologi (bukti berkualiti rendah).

Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan jika vitamin D berguna sebagai rawatan sakit bagi sebarang keadaan sakit kronik tertentu. Penyelidikan tersebut perlu menilai sama ada sebarang kesan adalah terhad kepada orang yang kekurangan vitamin D. Ia juga perlu menilai berapa banyak vitamin D diperlukan dan untuk berapa lama sebelum kesan manfaat dilihat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nurul Hidayah Binti Othman (Universiti Malaya). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nnurul6148@gmail.com

Tools
Information