Tiada bukti yang jelas bahawa Cisapride melegakan simptom-simptom yang berkaitan dengan sembelit atau penyakit usus.

Cisapride telah digunakan sebagai prokinetik untuk merawat sembelit, tetapi didapati mempunyai beberapa kesan sampingan yang serius dan adalah secara langsung dikaitkan dengan kematian dari kesan-kesan sampingan tersebut. Walaupun ia telah dialih keluar dari pasaran dan tidak lagi digunakan di kebanyakan institusi-institusi kesihatan di dunia, ia masih boleh ditetapkan dalam situasi tertentu dan mudah dibeli melalui peniaga di internet. Kami telah menjalankan satu ulasan sistematik untuk menilai sama ada atau tidak cisapride benar-benar melegakan sembelit dan mengawal simptom-simptom penyakit usus, selain itu melihat sama ada atau tidak kesan-kesan penggunaannya lebih bernilai berbanding dengan risiko cisapride's kesan sampingan yang berbahaya. Dengan melihat sastera dengan lebih terperinci, kami mendapati tiada bukti yang jelas mencadangkan cisapride mampu memainkan peranan dalam mengawal simptom-simptom yang berkaitan dengan sembelit atau IBS dan percaya bahawa tidak berbaloi untuk berisiko kesan-kesan sampingan yang mungkin melibatkan arrhythmia maut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi loketimkhaw@imu.edu.my

Tools
Information