Endometriosis ialah penyakit ginekologi yang menyebabkan kesakitan pelvis yang kronik, yang paling ketara ialah kesakitan semasa haid, merupakan rungutan yang paling lazim. Akupunktur kerap digunakan untuk merawat kedua-duanya iaitu kesakitan dan pelbagai keadaan ginekologi. Ulasan ini meninjau keberkesanan akupunktur bagi mengurangkan kesakitan endometriosis; walaubagaimanapun hanya satu kajian telah menepati kriteria kemasukan kami. Data daripada kajian yang dimasukkan, melibatkan 67 wanita, menunjukkan akupunktur telinga adalah lebih efektif / berkesan berbanding dengan perubatan herba Cina untuk mengurangkan kesakitan haid. Kajian tidak melaporkan samada peserta mengalami kesan-kesan sampingan daripada rawatan mereka. Kajian yang direka bentuk dengan baik dan bersaiz lebih besar dengan perbandingan antara akupunktur dan terapi-terapi konvensional adalah diperlukan untuk mengesahkan keputusan-keputusan ini.
Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Maalaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.