Intervensi untuk batuk dalam pesakit kanser

Batuk merupakan satu gejala yang membimbangkan pesakit yang mempunyai kanser dan ia adalah sukar untuk diuruskan. Oleh itu, tujuan ulasan ini adalah untuk menilai dan mensintesiskan kesusasteraan yang ada pada pengurusan batuk dalam pesakit kanser untuk memperbaiki cadangan amalan. Kajian dengan kemoterapi atau radioterapi telah dikecualikan. Satu pencarian kesusasteraan telah menghasilkan 17 kajian untuk dinilaikan. Untuk kemaskini kali ini, kita tidak mengenalpasti apa-apa kajian tambahan untuk dilibatkan. Kira-kira lapan kajian menggunakan brakiterapi (teknik di mana sumber radiasi diletakkan di dalam bronkus paru-paru untuk kanser paru-paru atau bersebelahan dengan kawasan yang memerlukan rawatan), penggunaan laser resection atau terapi photodinamik (rawatan yang menggunakan ubat ditambah dengan sejenis cahaya untuk membunuh sel-sel kanser). Sembilan kajian telah menilai kesan beberapa ubat yang berbeza, termasuk codein dan morfin. Secara keselurunhannya, kajian tersebut adalah berkualiti rendah dengan masalah kaedah kajian yang ketara, oleh itu tiada bukti yang boleh dipercayai boleh didapati dalam kesusasteraan untuk membimbing amalan. Mengakui batasan ini, brakiterapi dalam pelbagai dos radiasi telah didapati dapat membantu dalam pesakit-pesakit tertentu. Beberapa rawatan farmakologi didapati membantu, terutamanya morfin, kodein, dihydrokodein, levodropropizine, natrium cromoglycate dan linctus butamirate sitrat (satu sirap batuk), walaupun semua kajian mempunyai risiko berat sebelah yang ketara dan beberapa kesan sampingan yang dilaporkan. Tiada cadangan amalan dapat dibuat daripada kajian ini. Terdapat satu keperluan yang mendesak untuk meningkatkan bilangan dan kualiti kajian untuk menilai kesan-kesan intervensi bagi pengurusan batuk dalam kanser.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information