Soalan ulasan
Kami mengulas bukti mengenai kesan tekanan ekspirasi akhir positif (PEEP) semasa anestesia umum bagi pesakit dewasa berusia 16 tahun ke atas.
Latar belakang
PEEP adalah teknik mekanikal yang sering digunakan untuk mengudarakan pesakit yang tidak sedarkan diri. Teknik ini melibatkan penambahan kuantiti tekanan ke dalam paru-paru ketika penghujung setiap nafas. Proses ini menyebabkan tahap deflasi di paru-paru dan boleh mengakibatkan runtuh di beberapa kawasan kerana di antara nafas, paru-paru mengandungi kurang udara daripada biasa. Dengan menambahkan tekanan positif pada masa itu, kami berhasrat untuk mengembang semula kawasan paru-paru yang runtuh (atelectasis). Walaupun PEEP boleh digunakan semasa anestesia umum, beberapa kawasan paru-paru runtuh ketika prosedur anestetik tamat. Kami tidak tahu sama ada pesakit yang menerima PEEP mempunyai risiko kematian selepas pembedahan yang lebih rendah (kira-kira 3% hingga 5% pesakit dewasa) atau komplikasi pernafasan. Dalam ulasan ini, kami bertujuan untuk menilai faedah dan bahaya selepas pembedahan, semasa menggunakan PEEP ketika anestesia umum.
Ciri-ciri kajian
Bukti adalah terkini sehingga Oktober 2013. Kami menjumpai 10 kajian klinikal rawak yang melibatkan 432 peserta. Batasan utama ulasan kami adalah ketidakupayaan kami untuk mengenal pasti kajian yang menganalisis data intraoperasi.
Keputusan utama
Enam kajian melaporkan kematian. Kami mengumpulkan data ini dan tidak menemui perbezaan antara kumpulan pesakit yang menerima PEEP dan mereka yang tidak menerima PEEP, tetapi kerana bilangan pesakit yang kecil, dan hakikat bahawa hasil ini jarang berlaku, keputusan ini tidak membenarkan kami membuat kesimpulan mengenai kesan PEEP terhadap kematian. Dua keputusan menunjukkan beberapa manfaat PEEP. Pertama, pengoksigenan lebih baik pada hari selepas pembedahan dalam kumpulan PEEP. Kedua, pengimejan radiologi menunjukkan kurang atelektasis selepas pembedahan dalam kumpulan PEEP. Kajian yang kami dapati tidak menunjukkan bahawa PEEP intraoperatif menyebabkan kemudaratan.
Kerana bilangan kajian yang kecil, penemuan ini tidak dapat disimpulkan. Kami melakukan pengiraan untuk meramalkan berapa banyak peserta yang diperlukan sebelum kesimpulan yang boleh dipercayai dapat dibuat mengenai kesan kematian aplikasi PEEP. Jumlah ini ialah 21,200.
Bukti pada masa ini tidak mencukupi untuk membenarkan kesimpulan tentang bagaimana PEEP intraoperatif mempengaruhi kematian dan komplikasi pernafasan selepas pembedahan.
Kualiti bukti
Kualiti bukti sangat rendah kerana kajian yang dijalankan dengan teruk, bilangan peserta yang kecil dan kadar acara yang rendah.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Gurmeet Albail Singh. Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).