Soalan ulasan
Untuk menentukan kesan penjadualan sedutan dornase alfa ke atas ukuran keberkesanan dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik (berkaitan teknik klearans saluran pernafasan atau waktu hari). Ini adalah kemaskini bagi Ulasan Cochrane yang telah diterbitkan sebelum ini.
Latar belakang
Menyedut enzim dornase alfa mengurangkan kelekitan kahak dan memperbaiki hasil klinikal dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik. Adalah tidak pasti sama ada lebih baik untuk menyedut dornase alfa sebelum atau selapas klearans saluran pernafasan dengan teknik-teknik fizikal. Juga tidak jelas sama ada lebih baik untuk menyedutnya pada waktu pagi atau petang.
Tarikh carian
Bukti adalah terkini sehingga: 12 Oktober 2020.
Ciri-ciri kajian
Kami memasukkan lima kajian dengan sejumlah 122 peserta. Dalam kajian-kajian tersebut, tempoh rawatan adalah dari dua hingga lapan minggu.
Keputusan-keputusan utama
Empat kajian membandingkan sedutan sebelum dengan sedutan selepas saluran pernafasan dibersihkan dan mendapati tiada perbezaan secara keseluruhan dalam hasil klinikal. Walau bagaimanapun, dalam kalangan kanak-kanak dengan fungsi paru-paru terperlihara, menyedut dornase alfa sebelum teknik pembersihan saluran pernafasan adalah lebih baik untuk fungsi saluran pernafasan kecil. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan kualiti hidup atau hasil lain. Dalam kajian selebihnya, sedutan waktu pagi berbanding waktu petang tiada impak atas fungsi paru-paru atau simptom. Jadi, untuk banyak pesakit dengan sistik fibrosis, penjadualan penyedutan dornase alfa (sebelum atau selepas pembersihan saluran pernafasan atau waktu hari) boleh berdasarkan kepada sebab praktikal atau pilihan individu.
Kualiti bukti
Selain daripada satu kajian yang diterbitkan dalam bentuk abstrak, kualiti bukti adalah dari rendah ke sangat rendah. Ini adalah akibat isu berkaitan dengan pembahagian kumpulan, pembutaan, pelaporan data hasil yang tidak lengkap dan lingkungan umur peserta yang terhad.
Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Manipal-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my