Acupuncture untuk bayi baru lahir dengan ensefalopati iskemik hipoksia (HIE)

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Ensefalopati iskemk hipoksia (HIE) berlaku pada bayi baru lahir apabila mereka mengalami kekurangan oksigen dalam tempoh peripartum.HIE menyebabkan morbiditi dan kematian yang ketara.Pemilihan rawatan yang berkesan adalah terhad.Akupunktur telahpun dicuba.Kami cuba menilai keberkesanan dan keselamatan akupunktur untuk HIE melalui kajian sistematik terkawal rawak (RCTs).Bagaimanapun, tiada RCT dikenalpasti dalam carian yang sistematik dan komprehensif ke atas literatur perubatan.Bukti yang bagus berkaitan penggunaan akupuntur untuk neonat dengan HIE masih lagi kurang pada masa ini.Keselamatan akupunktur untuk HIE dalam kalangan neonat tidak diketahui.RCT berkualiti tinggi diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my. Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia)