Ia pernah dicadangkan bahawa masalah ASD mungkin dikaitkan dengan kekurangan asid lemak Omega-3, dan tambahan asid lemak yang penting ini mungkin akan mengurangkan simptom-simptom ASD. Tujuan ulasan ini adalah untuk menilai bukti keberkesanan tambahan Omega-3 terhadap ciri-ciri teras dan simptom-simptom yang berkaitan dengan ASD. Kami hanya mendapati dua kajian terkawal rawak yang kecil yang menilai asid lemak Omega-3 untuk ASD. Tiada bukti yang mencukupi tentang tambahan asid lemak Omega-3 sebagai rawatan yang berkesan untuk ASD. Namun demikian, percubaan terkawal rawak yang besar dan berkualiti tinggi diperlukan sebelum cadangan yang pasti tentang rawatan ini boleh dibuat.
Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com