Soalan ulasan
Matlamat ulasan ini adalah untuk menilai pelbagai pelekatan yang diguna untuk ‘overdenture’ implan dari aspek kejayaan, haus dan lusuh, kepuasan pesakit, keutamaan pesakit dan kos.
Latar belakang
Bagi orang dewasa yang hilang semua gigi, pendekatan moden adalah ‘overdenture’ implan dengan sistem pelekatan yang menghubung implan kepada bahagain bawah dentur. Ulasan ini penting kerana pilihan bilangan implan dan reka bentuk pelekatan mempengaruhi kejayaan prostesis, jumlah haus dan lusuh, kepuasan pesakit, keutamaan pesakit dan kos.
Ciri-ciri kajian
Para penulis Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane menjalankan ulasan ini dan bukti adalah terkini sehingga 24 Januari 2018. Sejumlah enam kajian orang dewasa dengan kehilangan semua gigi disertakan dengan jumlah 294 dentur rahang bawah (tertambat dengan satu atau lebih implan). Ulasan ini melihat pelbagai sistem pelekatan ke atas sistem implan. Enam kajian tersebut tidak menilai sistem pelekatan yang sama. Tiada kajian yang sesuai untuk dentur implan rahang atas.
Keputusan utama
Tiada cukup bukti untuk menentukan perbezaan signifikan di antara sistem pelekatan dentur implan rahang bawah dan tiada bukti sistem atakmen dentur implan rahang atas. Kajian rawak terkawal lanjut ke atas orang yang hilang semua gigi dan memakai dentur perlu perhatian khusus kepada reka bentuk kajian menggunakan sistem implan yang sama tetapi sistem pelekatan yang berbeza untuk menentukan kelanjutannya dan keutamaan pesakit.
Kualiti bukti
Kami menilai kualiti bukti sebagai sangat rendah. Di dalam kajian-kajian yang disertakan, bilangan peserta dan peristiwa agak kurang, dan terdapat limitasi serius dalam reka bentuk kajian, kehilangan data dan tidak semua hasil dilaporkan.
Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).