Paracetamol (acetaminophen) dengan atau tanpa ubat tahan muntah untuk migrain akut dalam kalangan dewasa

Ini adalah versi terkini sorotan Cochrane asal yang telah diterbitkan dalam Isu 11, 2010 (Derry 2010). Carian baru menjumpai satu kajian tambahan untuk dimasukkan; Kajian ini membandingkan paracetamol dengan etodolac dan tidak menyumbang kepada mana-mana analisis dalam sorotan.

Satu dos oral paracetamol 1000 mg akan mengurangkan sakit kepala sederhana atau teruk kepada tiada dalam masa 2 jam ke atas 1 dalam 5 orang (19%) yang mengambil paracetamol, berbanding 1 dalam 10 (10%) yang mengambil plasebo. Kesakitan akan dikurangkan daripada sederhana atau teruk kepada kurang sedikit daripada kesakitan ringan dalam masa 2 jam ke atas 1 dalam 2 orang (56%) yang mengambil paracetamol, berbanding ke atas 1 dalam 3 (36%) yang mengambil plasebo. Terdapat terlalu sedikit data untuk menilai keberkesanan melebihi 2 jam.

Kombinasi paracetamol 1000 mg dengan metoclopramide 10 mg dan sumatriptan 100 mg melegakan tahap sakit kepala yang sama dalam masa 2 jam. Tiada maklumat yang mencukupi untuk membandingkan paracetamol, bersendirian atau dalam gabungan, dengan rawatan aktif yang lain.

Kesan sampingan tidak banyak berbeza antara paracetamol dan plasebo. Kesan sampingan lebih serius berlaku dengan sumatriptan 100 mg daripada dengan paracetamol 1000 mg ditambah metoclopramide 10 mg.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information