Kesan atorvastatin terhadap kolesterol

Ini merupakan kemas kini pertama ulasan yang diterbitkan pada 2012 (Adams 2012). Atorvastatin adalah salah satu jenis ubat yang paling banyak ditetapkan dan merupakan statin yang paling banyak ditetapkan di dunia. Ia adalah penindas reductase HMG-CoA yang ditetapkan untuk mengelakkan peristiwa-peristiwa advers kardiovaskular dan untuk mengurangkan jumlah kolesterol darah dan LDL-kolesterol. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui magnitud kesan atorvastatin terhadap kolesterol Kami telah mencari semua bukti kajian yang dijalankan selama tiga hingga 12 minggu yang melaporkan kesan atorvastatin terhadap kolesterol darah. Kemas kini ini mendapati 42 kajian tambahan dan melaporkan 296 kajian dengan 38,817 peserta. Atorvastatin menunjukkan kesan yang konsisten dalam mengurangkan kolesterol darah antara julat dos 2.5 hingga 80mg setiap hari. Kesan tersebut adalah lebih besar dengan dos yang lebih tinggi berbanding dengan dos yang lebih rendah. Fungsi atorvastatin sama dengan rosuvastatin dalam mengurangkan kolesterol tetapi adalah kira-kira tiga kali kurang poten. Risiko serong (“bias”) untuk semua kajian yang diperolehi adalah tinggi. Penulis-penuis ulasan ini tidak dapat menilai kemudaratan atorvastatin disebabkan kajian-kajian yang dirangkumkan adalah terlalu pendek, dan hanya 34 kajian yang dirangkumkan menilai kemudaratan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information