Latar belakang
Rawatan ortodontik melibatkan penggunaan pendakap pergigian tetap atau boleh tanggal untuk membetulkan posisi gigi. Kejayaan pendakap pergigian bergantung kepada perlekatan logam (braket dan gegelang) yang dilekat pada gigi agar tidak tertanggal semasa rawatan. Braket (logam berbentuk segi empat) biasanya dilekatkan pada gigi selain molar, di mana gegelang (lingkaran logam yang mengelilingi setiap gigi) lebih kerap digunakan. Tiub ortodontik (tiub keluli tahan karat yang membolehkan dawai melaluinya), biasanya dikimpal kepada gegelang tetapi ia boleh juga dilekatkan terus (diikat) kepada molar. Kegagalan braket, gegelang dan tiub molar yang diikat boleh melambatkan kemajuan rawatan dengan pendakap pergigian.
Ciri-ciri kajian
Bukti dalam ulasan yang dibuat bersama dengan Kesihatan Oral Cochrane ini adalah terkini sehingga 15 Februari 2017. Kami telah memasukkan dua kajian yang menilai 190 peserta. Kedua-dua kajian dilaksanakan di UK dan kedua-duanya membandingkan tiub molar yang diikat dengan gegelang molar.
Keputusan utama
Dari data terhad dua kajian pada risiko bias yang rendah, tiub molar yang diikat mempunyai kadar kegagalan yang lebih tinggi berbanding gegelang molar.
Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Mohd Boniami Yazid (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my