Teknik pembersihan saluran pernafasan dalam bronkiektasis

Intipati ulasan Pengulas telah meninjau bukti tersedia untuk menentukan sama ada teknik pembersihan saluran pernafasan (TPSP) dapat membantu dalam kalangan pesakit bronkiektasis. Berdasarkan data yang sedikit,pengulas mendapati bahawa kesan mereka terhadap bilangan eksaserbasi (secara tiba-tiba) tidak dapat diketahui. Teknik pembersihan saluran pernafasan kelihatan selamat, dan dua kajian berskala kecil menunjukkan mereka mungkin dapat meningkatkan kualiti kehidupan. Teknik pembersihan saluran pernafasan juga menjurus kepada pembersihan lendir dari paru-paru dan meningkatkan sukatan fungsi paru-paru, tetapi tiada perubahan dalam pengoksigenan. Pengurangan dalam gejala sesak nafas, batuk dan lendir dijumpai dalam salah satu kajian. Antara hasil yang menarik minat ialah kemasukan ke hospital dan preskripsi antibiotik, tetapi ianya masih belum dilaporkan. Secara keseluruhannya, kesan TPSP terhadap mereka yang mengalami jangkitan paru-paru masih tidak diketahui. Berdasarkan maklumat ini, garis panduan semasa untuk merawat bronkiektasis menyarankan penilaian rutin terhadap TPSP dan preskripsi sebagaimana diperlukan.

Apakah bukti yang pengulas telah temui dan sebagus manakah bukti tersebut? Tujuh kajian yang melibatkan 105 orang pesakit bronkiektasis. Hanya dua kajian sahaja yang berlangsung selama enam bulan; yang selebihnya diselesaikan dalam jangka waktu yang lebih singkat ataupun hanya melibatkan sesi rawatan tunggal. Berdasarkan ini, ianya sukar untuk mengetahui sama ada mana-mana perbaikan mampu dikekalkan dalam jangka masa yang lebih panjang. Kaedah yang digunakan untuk mengendalikan kajian-kajian ini tidak dilaporkan dengan baik, pengulas percaya secara keseluruhannya, kualiti bukti adalah rendah. Tiga kajian dibiayai oleh institut penyelidikan atau organisasi kerajaan, manakala empat kajian lagi tidak melaporkan sebarang pembiayaan.

Apakah itu bronkiektasis? Bronkiektasis merupakan satu keadaan paru-paru di mana saluran pernafasan mengalami pelebaran yang tidak normal, membawa kepada pengumpulan lendir yang berlebihan. Pesakit bronkiektasis kerapkali mengalami gejala batuk, penghasilan lendir yang berlebihan dan sesak nafas serta berisiko untuk mendapat jangkitan paru-paru.

Apakah teknik pembersihan saluran pernafasan? Rawatan fisioterapi dalam bentuk TPSP selalu dipreskribkan untuk membantu seseorang membersihkan lendir dari paru-paru.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nathanael Lee Yong Sheng (Royal College of Surgeons in Ireland - Perdana University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nathanaellee92@gmail.com

Tools
Information