Intervensi serata komuniti untuk meningkatkan aktiviti fizikal.

Tidak mengamalkan aktiviti fizikal yang cukup menyebabkan tahap kesihatan yang lebih rendah. Aktiviti fizikal berkala boleh mengurangkan risiko penyakit kronik dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Kekurangan aktiviti fizikal adalah satu perkara biasa dan dalam beberapa hal ia meningkatkan masalah kesihatan. Untuk menangani masalah ini, 33 kajian telah menggunapakai aktiviti dalam komuniti yang telah ditambahbaik, dengan beberapa pendekatan dalam satu-satu program. Apabila kami mula menilai kajian yang terdapat pada tahun 2011 kami mendapati terdapat kurangnya kajian yang baik yang boleh menunjukkan sama ada pendekatan ini bermanfaat atau tidak. Beberapa kajian mendakwa bahawa program serata komuniti meningkatkan aktiviti fizikal manakala beberapa kajian lain tidak menunjukkan hasil yang serupa. Dalam kemaskini ini kami mendapati empat kajian baru yang berkualiti; walau bagaimanapun, tiada satu pun daripada kajian ini meningkatkan tahap aktiviti fizikal dalam masyarakat. Beberapa kajian melaporkan kesan pada peringkat program seperti memerhati lebih ramai orang berjalan kaki, namun tahap aktiviti fizikal masyarakat tidak meningkat. Sorotan ini mendapati bahawa intervensi serata komuniti adalah amat sukar untuk dijalankan, dan kelihatan bahawa mereka biasanya gagal memberi manfaat yang boleh diukur untuk aktiviti fizikal masyarakat. Ia jelas menunjukkan bahawa banyak intervensi gagal untuk merangkumi sebahagian besar masyarakat, dan kami andaikan bahawa beberapa strategi tunggal yang digabungkan kurang menunjukkan keberkesanan secara tunggal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information