Ubat tahan kesakitan seperti parasetamol dan ibuprofen sebelum rawatan pergigian kanak-kanak dan remaja untuk mengurangkan sakit selepas rawatan.

Soalan ulasan

Adakah dengan memberi ubat tahan seperti parasetamol dan ibuprofen sebelum rawatan pergigian membantu mengurangkan sakit selepas rawatan dalam kalangan kanak-kanak?

Latarbelakang

Sakit selepas prosedur pergigian adalah lazim dan boleh meningkatkan rasa takut terhadap rawatan pergigian, mengelak rawatan pergigian dan masalah-masalah berkaitan lain. Pengrangan sakit adalah penting terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Satu cara untuk mengawalnya ialah dengan memberi ubat tahan sakit sebelum rawatan agar ubat ini dapat berkesan terus.

Penulis ulasanKesihatan Oral Cochranemenjalankan ulasan ini untuk mencari bukti penggunaan ubat tahan sakit dalam kalangan kanak-kanak sehingga umur 17 tahun yang menjalani rawatan tanpa sedasi atau anestesia umum, tetapi mungkin telah mendapat anestetik setempat. Rawatan termasuklah cabutan gigi, tampalan gigi dan perlekatan pendakap gigi.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pangkalan data elektronik sehingga 5 Januari 2016 dan juga membuat carian tangan. Kami memasukkan lima kajian dalam ulasan ini, melibatkan 190 jumlah peserta. Kami tidak mendapati sebarang kajian baru di antara ulasan Cochrane terdahulu dalam 2012 dan carian terkini dalam Januari 2016.

Tiga kajian adalah berkaitan rawatan pergigian (tampalan dan cabutan) dan dua kajian berkaitan dengan rawatan ortodontik (pendakap gigi). Tiga dari lima kajian tersebut membandingkan parasetamol dengan plasebo (tablet gula) dan empat daripadanya membandingkan ibuprofen dengan plasebo.

Keputusan-keputusan utama

Daripada bukti yang sedia ada, kami dapat menentukan sama ada pemberian ubat tahan sakit sebelum rawatan dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak dan remaja yang menjalani rawatan pergigian dengan penggunaan anestetik setempat. Terdapat kemungkinan manfaat pemberian ubat tahan sakit sebelum perlekatan pendakap gigi. Hanya satu kajian yang melaporkan kesan buruk (seorang peserta dalam setiap kumpulan mengalami kecederaan tergigit lidah atau pipi). Lebih banyak kajian diperlukan.

Kualiti bukti

Tiada kajian yang dimasukkan mempunyai risiko berat sebelah yang rendah. Kualiti bukti adalah rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information