Analog hormon pelepasan gonadotropin untuk sakit yang berkait dengan endometriosis

Nota editorial: 

Lihat https://doi.org//10.1002/14651858.CD014788.pub2 untuk ulasan terkini yang merangkumi topik ini dan telah menggantikan ulasan ini.

Endometriosis adalah keadaan biasa yang menjejaskan wanita dalam usia subur, dan ia selalunya disebabkan oleh kewujudan tisu endometrium di bahagian selain daripada rahim. Gejala biasa termasuklah sakit dan ketidaksuburan. GnRHas adalah sekumpulan ubat-ubatan yang sering digunakan untuk merawat endometriosis dengan mengurangkan tahap hormon. Ulasan ini tidak jelas sama ada rawatan dengan GnRHa menambahbaik kelegaan gejala berbanding tanpa rawatan atau plasebo. Juga tiada bukti tentang perbezaan yang ketara secara statistik apabila dibandingkan dengan danazol atau LNG IUS. Walau bagaimanapun, terdapat lebih banyak kesan sampingan dalam kumpulan GnRHa berbanding dengan kumpulan danazol. Kualiti bukti berkisar dari sangat rendah hingga sederhana,

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Aishah Ibrahim (University of Warwick, UK). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information