Latar belakang
Epilepsi ialah satu gangguan di mana sawan berulang disebabkan oleh perlepasan elektrik yang abnormal dari otak. Penghidap epilepsi hadir dengan pelbagai jenis kecacatan imunologi. Kebanyakan sawan boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang antiepileptik, tetapi kadang kala sawan tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan ini. Orang mungkin memerlukan jenis rawatan lain-lain, seperti immunoglobulins secara intravena (IVIg). IVIg adalah produk darah steril, tulen yang diekstrak daripada plasma darah penderma. Rawatan IVIg adalah berharga dan keberkesanannya mempunyai implikasi penting kepada pengurusan epilepsi.
Ulasan ini menilai keberkesanan IVg sebagai rawatan untuk mengawal serangan sawan. Hanya satu kajian (61 peserta) membanding keberkesanan rawatan IVIg sebagai tambahan dengan plasebo sebagai tambahan dalam pesakit yang menghidapi epilepsi rintangan ubat dimasukkan.
Keputusan
Keputusan ulasan menunjukkan bahawa terdapat tiada bukti yang meyakinkan bagi menyokong penggunaan IVIg sebagai rawatan bagi epilepsi dan lebih ujian terkawal rawak yang diperlukan.
Kepastian bukti
Kajian yang disertakan telah dinilaikan pada rendah untuk risiko bias yang tidak jelas. Dengan menggunakan metodologi GRADE, kepastian bukti dinilai terendah. Ini bermakna kesan sebenar mungkin berbeza dengan apa yang ditemui.
Bukti adalah terkini sehingga 20 Disember 2018.
Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my