Terdapat peningkatan jumlah orang yang hidup dengan diabetes melitus jenis 1. Matlamat utama rawatan untuk diabetes adalah untuk mengekalkan kualiti hidup yang baik dan untuk mengurangkan atau mencegah perkembangan komplikasi diabetes dengan mengawal tahap glukosa darah. Wanita dengan diabetes jenis 1 kerap menyuarakan kesukaran untuk mengawal tahap glukosa darah mereka sewaktu fasa menopaus dalam kehidupan mereka. Namun demikian, penyebab ini belum lagi diteroka.
Terapi penggantian hormon adalah rawatan yang dipreskrib kepada ramai wanita untuk mengurangkan gejala berkaitan dengan menopaus.
Kesusasteraan berkenaan terapi penggantian hormon dan diabetes jenis 1 belum pernah dicari dan diulas secara sistematik.
Bukti sedia ada untuk profesional penjagaan kesihatan menyeru berkaitan dengan pengurusan menopaus wanita dengan diabetes jenis 1 adalah samar. Terdapat kesusasteraan yang bercanggah mengenai penggunaan terapi penggantian hormon dalam wanita dengan diabetes jenis 1, kerana banyak kajian juga memasukkan wanita dengan diabetes jenis 2. Kami mendapati satu kajian dengan subkumpulan pesakit diabetes jenis 1 melibatkan 56 peserta yang menerima terapi penggantian hormon atau plasebo selama 12 bulan. Tiada perbezaan yang signifikan secara statistik ditemui di antara terapi penggantian hormon dan plasebo. Hasil penting pesakit seperti kematian oleh sebarang punca, penyakit kardiovaskular (contohnya serangan jantung, strok), komplikasi diabetes (contohnya, penyakit mata diabetes, penyakit buah pinggang diabetes) atau kualiti hidup berkaitan dengan kesihatan tidak disiasat.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.